Nabi Idris
"Dan
ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam
Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam:
56-57)
Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan
kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya
pada kedudukan yang tinggi.
Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris
adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai
Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya
pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami
percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan
dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya
seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam
isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan
barangkali ada versi lain seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap
kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa
beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah
s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh
Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail,
engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata
Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris
kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan
kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa
itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau
mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat
beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat
Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat
izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia
mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa
Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil
memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat
Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi
Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi
Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang
yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan
berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian
Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya
ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam
sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah
melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang
yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh
pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut
dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris
a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian
Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya
yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta
ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk
diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi
kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu
iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal
ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu
ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat
Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak
bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang
berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan
rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah
merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau
kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya
agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu
mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di
bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat
Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah
pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris
masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris,
keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah
s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut,
sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi
maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki
(neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman
lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar
daripada syurga).
"Siapakah yang mengeluarkan saya dari
syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah
dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu
bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya
tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan
ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
0 Response to "Nabi Idris"