KRB3033i

PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Wan Mohd. Madehi Wan Ali selaku pensyarah KRD 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih sekali lagi saya  ucapkan.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata dari saya, semoga penulisan saya ini dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru itu, saya juga berharap agar hasil tugasan yang saya lakukan ini dapat dijadikan panduan ilmiah buat semua. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang lemah dan lalai itu datangnya dari diri saya sendiri.

Sekian, salam perpaduan.




1a.       Huraikan proses-proses pembentukan kata yang digunakan dalam Bahasa Melayu.



1.0          PENGENALAN
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai.  Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya .

2.0          PROSES PEMBENTUKAN KATA
Pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008), proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata ganda



2.1          KATA TUNGGAL
Kata tunggal merupakan bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

2.1.1      Kata Tunggal Satu Suku Kata
Dalam bahasa Melayu agak terhad jumlahnya dan ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing , terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris.  Contoh draf,  krim,  stor, dan dram.

2.1.2      Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut contoh; kotak,  surat,  dewan  dan cerek.

2.1.3      Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Jenis ini merupakan perkataan yang terdiri daripada kata-kata pinjaman. Walaupun begitu, polapola susunan konsonan dan vokalnya agak banyak dan pelbagai. Contoh; minimum, kabinet dan seruling.

2.1.4      Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Sebahagian daripada perkataan ini ialah kata pinjaman seperti contoh yang berikut kosmopolitan,  cenderawasih, selesema dan samudera.
2.2          KATA TERBITAN
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan ( imbuhan ). Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.





2.3          JENIS IMBUHAN

2.3.1      Awalan kata terbitan
Hadir sebelum kata dasar, wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

a.    Awalan kata nama
pe-(pelawat), pem- (pembantu), pen- (pendaki) peng- (penggail), pel- (pelajar), ke-  (ketua), juru- (jurukira), pra- (prakata) dwi- (dwibahasa)

b.    Awalan kata kerja
me-(melatah) memper-(memperhamba) ber-(berlari), ter- (terletak) di- (dikira) diper- (dipersenda)

c.    Awalan kata adjektif
ter-(terkecil) te- (terulung) se- (sebijak)

2.3.2      Akhiran kata terbitan
Hadir sesudah kata dasar, wujud pada kata nama dan kata kerja. Terdapat 2 bentuk akhiran.

a.    Akhiran kata nama
Hanya satu akhiran kata nama asli  iaitu –an (pakaian), kata nama pinjaman –ah (sultanah), -at (muslimat) –in (muslimin) –isme ( nasionalisme) –man (budiman) – wan (usahawan), -wati ( peragawati)

b.    Akhiran kata kerja
i (ikuti) –kan (kejutkan)

2.3.3      Kata terbitan apitan
merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar bagi membentuk kata terbitan, digabungkan dengan kata nama, kata kerja dan adjektif.
a.    Apitan kata nama:  
pe…an (pelaksanaan) penge…an ( pengesahan)
b.    Apitan kata kerja:
 me…kan (memainkan) mem…kan(membaharukan) ber…kan (beralaskan) diper…i (diperdengarkan) ke…an ( kehujanan) di…kan (didekatkan) memper..i ( memperingati) ke…an (kelebihan)
c.    Apitan kata adjektif:
ke…an (kearaban, kecinaan)

2.3.4      Kata terbitan sisipan:
hadir di celahan kata dasar.  Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif.
a.    Sisipan kata nama
-el- (kelengkeng), -er- ( keruping)
b.    Sisipan kata adjektif
-el- (selerak), -er- (serabut) -em- gemilang) -in- (sinambung)

3.0       KATA MAJMUK
Mengikut Nik Safiah Karim (2008), ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal, juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung.

3.1          TIGA KELOMPOK KATA MAJMUK.
3.1.1     Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
[Contoh: gambar rajah, alat tulis, biru laut, bandar raya ]
Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya : Perdana Menteri,  Ketua Menteri, Penolong Pendaftar, Naib Canselor
3.1.2     Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
Contohnya: model linear, hak milik, garis pusat, mata pelajaran

3.1.3     Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya: kaki ayam, anak emas, buah hati, bulan madu

3.2          BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh. Kata tersebut adalah: antarabangsa, beritahu, kakitangan, kerjasama.

3.3          PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contoh: alat-alatulis, suku-sukukata, garis-garispusat. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur. Contoh: pesuruhjaya-pesuruhjaya, setiausaha- setiausaha.

3.4          PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Terdapat dua bentuk:

3.4.1      Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja
Ejaannya tetap terpisah. contoh:  campur aduk ----- bercampur aduk,  ambil alih ----- mengambil alih,  daya serap ----- daya serapan

3.4.2      Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan
Ejaannya menjadi bercantum. Contoh: campur aduk ---- mencampuradukkan,  daya serap ---- kedayaserapan, garis pusat ---- menggarispusatkan





4.0          KATA GANDA
Menurut Nik Safiah Karim (2004) kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.. Terdapat tiga jenis kata ganda :

4.1          GANDAAN PENUH
Boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

4.2          PENGGANDAAN SEPARA
Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

4.3          PENGGANDAAN BERENTAK
Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

4.3.1      Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

4.3.2      Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.


4.3.3      Penggandaan berentak bebas
Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

4.4          KOMPENEN PENGGANDAAN KATA
Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

4.4.1      Gandaan sebagai penanda jamak
Jumlah yang banyak. Contohnya; meja-meja, bukit-bukau

4.4.2      Gandaan sebagai penanda nama haiwan
Contohnya; biri-biri, rama-rama dan kupu- kupu

4.4.3      Gandaan sebagai penanda makna serupa
Contohnya; langit-langit, gula-gula, kuda-kuda

4.4.4      Gandaan sebagai penanda
Pelbagai jenis. Contohnya; sayur-mayur, kuih-muih.

4.4.5      Gandaan sebagai penanda tidak tentu
Contohnya; apa-apa, siapa-siapa.










1b        Jelaskan secara terperinci cara pembentukan kata terbitan.



1.0          KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : Imbuhan awalan, Imbuhan akhiran,  Imbuhan apitan, Imbuhan sisipan.  Lima  jenis kata yang menerima imbuhan untuk membentuk kata nama terbitan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Halaman 71 - 72)

1.1          KATA TERBITAN BERAWALAN
Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Contoh :

1.1.1      Kata Nama
Pelari, perakus (imbuhan pe) pembawa, pembuat (pern) suprakelas, supranasional (supra)

1.1.2      Kata Kerja
Melawan, mengikat, merasa (me) berjalan, berganti, berserta (ber")

1.1.3      Kata Adjektif
Terbesar, tercantik (ter) secerah, setebal, senipis (se)

1.2          KATA TERBITAN BERAKHIRAN
Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :

1.2.1      Kata Nama
Pakaian, jahitan, mainan (-an) sasterawan, angkasawan (-wan) budiman, seniman (-man) peragawati, seniwati (-wati) nasionalisme, patriotisme (-isme)
1.2.2      Kata Kerja
Gunakan, besarkan, buatkan (-kan) duduki, turuti, berkati (-i)

1.3          KATA TERBITAN BERAPITAN
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Contoh :

1.3.1      Kata Nama  
pelaksanaan, perasaan (pe...an) kelainan, kedukaan (ke...an)

1.3.2      Kata Kerja
memainkan, melukakan (me...kan) beralaskan, berlaukan (ber...kan) diyakini, disirami (di...i) dipergunakan (diper...kan) memperdagangkan (memper...kan) keselesaan (ke...an)

1.3.3      Kata Adjektif
kemelayuan (ke.. .an)

1.4          KATA TERBITAN BERSISIPAN
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan -perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

1.4.1      Kata Nama
kelingking, telunjuk (..el..) keruping, seruling (..er..)

1.4.2      Kata Adjektif
kelebak, selerak (..el..) gemilang, semerbak (..em..)

1c        Berdasarkan bahan sastera yang dipilih, tunjukkan dengan jelas, jenis-jenis kata tugas.


1.0          Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, pembenar, dan sebagainya. Terdapat empat kelompok kata tugas.
1.1          Kata Penyambung Ayat
Kata hubung gabungan, Kata hubung pancangan
1.2          Kata Praklausa
Kata seru, Kata tanya, Kata perintah, Kata pembenar, Kata pangkal ayat
1.3          Kata Prafrasa
Kata bantu, Kata penguat, Kata penegas, Kata naïf, Kata pemeri, Kata sendi nama, Kata arah, Kata bilangan
1.4          Kata Pascakata
Kata penekan, Kata pembenda
                                                                                            (Abdullah Hasan 1988)
2.0          SANG LELAKI DAN PUAKA
Cerpen sastera ini ditulis oleh Mohd. Hashim Osman dan telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia pada 22 Oktober 2009.

2.1          Kata Adverba
Kemunculannya di muka desa selepas sedekad, menyumbat kejutan setempat.

2.2          Kata hubung
Sepuluh musim bermukim dan kebejatan menimbus keluhuran.

2.3          Kata seru
“Ya! Kita berjuang! Kita tentang puaka-puaka durjana itu! Allahu Akbar!”

2.4          Kata bantu
Tiada siapa yang akan mengetahui niat sebenar Rawana.

2.5          Kata perintah.
Jangan berundur, musuh kita makin terhimpit...
2.6          Kata Tanya
Apa yang nak ditentang?

2.7          Kata penguat
“Kamu belum terlambat, Rawana.”

2.8          Kata penegas
Kebun, ladang dan ternakan sudah tidak penting lagi.

2.9          Kata nafi
Makhluk yang kita tentang kini bukan sekadar ular, musang, dan kera.

2.10       Kata pemeri
Suara juang Rawana adalah segala-galanya.

2.11       Kata pembenar
Sememannya benar apa yang dikatakan oleh Pak Abid...

2.12       Kata arah
  pemburu dari Desa Lembah sederap langkah menjejak ke kaki bukit.

2.13       Kata bilangan
Setiap satu jerumun, rumpun dan belukar ranap rapat.

2.14       Kata penekan
…puaka-puaka itu mesti kita hapuskan seluruhnya

2.15       Kata pembenda
Pak Guru mencerlung ke wajah lelaki di sebelahnya.

2.16       Kata sendi
...tiada sepatah kata yang mampu melolos dari bibirnya...

2.17       Kata pangkal ayat - Tidak terdapat kata pangkal ayat dalam cerpen tersebut.
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1988) Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia.Selangor.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,

Siti Hajar Abdul Aziz (2008) Bahasa Melayu 1, Shah Alam, Selangor, Oxford Fajar

Nik Safiah Karim et. Al (2004) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,  Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Karim; Farid M Onn; et al. (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zaharani Ahmad & Fazal Mohamed Mohamed Sultan ( 2010). “Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Remaja Malaysia” dlm. Jurnal Linguistik  Edisi Khas 10:48–61.