BMP 3093 P

TUGASAN BERPASANGAN
1.                Terangkan konsep, kepentingan dan konsep inovasi yang berkaitan tentang komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

2.1         Pengenalan
”Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.

2.2         Konsep komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia.
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi g... a wide set of applications and processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...h (http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).
Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan teknologi mutakhir.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, konsep komputer dalam pengajaranBahasa Melayu dapat dilihat daripada dua aspek.

2.2.1             Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah menghadkan peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di negara berbahasa Melayu.
2.2.2             Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.


2.3         Kepentingan komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia.
2.3.1             Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian elektronik telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Faktor-faktor masa kini dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek reka bentuk pengajaran. Kepentingan pendidikan dan industri latihan tidak boleh abaikandalam pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi pengedaran multimedia lebih kritikal lagi bagi menagih sumbangan setiap teori pembelajaran terhadap maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula memperluas peningkatan prestasi dalam mereka kerja melampaui strategi pengajaran sebagai aset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan aset modal itu melalui perolehan, pengongsian, dan pengukuhan pengalaman pelajar. Komputer,telekomunikasi, dan maklumat adalah media dalam mempercepatkan sistem penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar.

2.3.2             Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berbagai, strategi pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih kompleks dan membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu, bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi makluman atau perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti telesidang, dan telekuliah. Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang diuruskan komputer. Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan pelbagai kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan. Ketidakpuasan dengan hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai persepektif. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran, bermungkin kita akan menyingkirkan instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.

2.3.1             Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pembelajaran bahasa kedua, beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition). Pembelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pembelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.

2.4         Konsep inovasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia.
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.

Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang dilantik.

Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware) bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang (authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke University, North Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA), Real English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools (Teleste Open, Norway), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan lebih mudah dan cepat.

Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di universiti. Pengajaran dan pembelajaran bahasa berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.

2.                Analisis satu inovasi yang bekaitan dengan komputer dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

2.1         Pengenalan
Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren semata-mata, tetapi untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar. Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka dengan segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan berkomunikasi dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar tersebut kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992 dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik apabila mereka mempunyai kemudahan komputer di rumah.

2.2         Tatacara inovasi dilaksanakan.
2.2.1        Tatacara inovasi dilaksanakan bergantung kepada idea inovasi yang diketengahkan oleh pereka. Antara perkara yang perlu diberi perhatian tentang inovasi ialah;
2.2.1.1      Kreativiti inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baru atau yang telah diadaptasikan.
2.2.1.2      Signifikan inovasi yang terdapat bukti nyata dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi.
2.2.1.3      Efisien inovasi dapat menyumbang kepada cara berkerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah.
2.2.1.4      Kebolehan inovasi yang boleh digunakan oleh agensi-agensi atau pihak-pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan.
2.2.1.5      Keberkesanan kos yang dapat meningkatkan produktiviti dengan kos yang sama atau lebih rendah.
2.2.1.6      Potensi perlaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat.

2.2.2             Bagi menghasilkan satu projek inovasi pembina harus mempunyai perancangan yang teliti supaya projek yang dijalakan dapat disahkan dan dilabel dalam harta intelek.
2.2.2.1      Penyusunan kumpulan
2.2.2.2      Perancangan projek
2.2.2.3      Mesyuarat kumpulan
2.2.2.4      Mengenal pasti projek
2.2.2.5      Penetapan objektif atau sasaran
2.2.2.6      Pemilihan projek atau masalah
2.2.2.7      Analisis masalah
2.2.2.8      Pengumpulan data (sebelum)
2.2.2.9      Analisis data (sebelum)
2.2.2.10  Penyediaan cadangan penyelesaian
2.2.2.11  Pengujian projek (pengumpulan data selepas)
2.2.2.12  Pembentangan
2.2.2.13  Semakan pencapaian projek (analisis data selepas)
2.2.2.14  Penilaian projek
2.2.2.15  Impelimentasi projek
2.2.2.16  Tindakan penyeragaman






2.3         Justifikasi perlaksanaan inovasi.
2.3.1             Penyusunan kumpulan
Menyusun kumpulan-kumpulan penyelidik untuk memastikan masalah yang dihadapi.
2.3.2             Perancangan projek
Merancang projek berdasarkan masalah utama yang dikesan.
2.3.3             Mesyuarat kumpulan
Mesyuarat diadakan untuk mempastikan bahagian-bahagian yang perlu dirancang, diatasi atau diubahsuai.
2.3.4             Mengenal pasti projek
Mengenal pasti projek yang hendak dibuat satu inovasi.
2.3.5             Penetapan objektif atau sasaran
Menetapkan objektif atau sasaran yang hendak dicapai dengan perlaksanaan projek.
2.3.6             Pemilihan projek atau masalah
Memilih projek atau masalah yang dikesan.
2.3.7             Analisis masalah
Menganalisis masalah yang perlu untuk kejituan projek.
2.3.8             Pengumpulan data (sebelum)
Pengumpulan data masalah sebelum perancangan inovasi dijalankan.
2.3.9             Analisis data (sebelum)
Data-data yang dikumpul akan dianalisis untuk menentukan perihal perancangan projek.
2.3.10         Penyediaan cadangan penyelesaian
Cadangan penyelesaian masalah disediakan supaya mudah untuk membina projek.
2.3.11         Pengujian projek (pengumpulan data selepas)
Projek diuji keberkesanannya dan data respon akan dikumpulkan.
2.3.12         Pembentangan
Respon dari pengguna yang diuji akan dikumpulkan dan dibentang untuk menentukan keberkesanan.
2.3.13         Semakan pencapaian projek (analisis data selepas)
Pencapaian projek akan disemak semula sama ada memenuhi kehendak pembinaan projek.
2.3.14         Penilaian projek
Penilaian projek untuk memastikan berkesan mengikut kehendak projek.
2.3.15         Impelimentasi projek
Projek akan diimplimentasikan kepada pengguna.
2.3.16         Tindakan penyeragaman
Penyeragaman projek akan dilaksanakan mengikut kehendak pengguna.





















RUJUKAN
Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru PengajaranBahasa       Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.

Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran BahasaMelayu. Dalam   Abdullah Hassan Prosiding Persidangan AntarabangsaPengajian Melayu Beijing Ke-2           (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Wong, P. (1999). gPreparing Student Teachers for IT Integration into Instruction. Prosiding      Persidangan Tahunan ke-12, The Education Research Association, hlm.83-90.    Singapura: Educational Research Association.
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global.Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu.

Abdul Rahim Bin Abdul Razak. (2005): Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran: Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustakaan.

Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003): Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur,       PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Modul Pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi   Dalam Teras Dunia Sains Teknologi, Tahun Satu. Putrajaya.