BML 3053
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Kata kerja boleh dikategorikan kepada ragam kata iaitu kata kerja aktif
dan kata kerja kerja pasif. Berikan huraian secara terperinci tentang ragam
kata kerja yang terdapat dalam Bahasa Melayu dengan menyertakan contoh-contoh
yang relevan.
1.0
Pengenalan
Bahasa Melayu seperti juga
bahasa lain membentuk ayat dari perkataan yang akan menimbulkan frasa ayat.
Perkataan-perkataan ini terbentuk melalui proses morfologi. Proses morfologi
membentuk kata dasar menjadi kata terbitan. Proses
morfologi ini menjelaskan apa-apa yang berlaku terhadap unsur morfologi, iaitu
morfem dan kata dalam bahasa Melayu bagi menerbitkan perkataan baharu [Abdullah
Hassan (2006)].
Pemetaan
proses morfologi menjadikan pengimbuhan,
Pemajmukan, Penggandaan dan Pengakroniman.
Dalam pada itu, Bahasa Melayu ada empat bentuk kata yang terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk
dan kata ganda. Seterusnya
perbincangan ini mengarah pula kepada kata tunggal yang terdiri daripada
pelbagai golongan kata antaranya kata
nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
Pengimbuhan
pula telah mengubah bentuk kata dasar kepada kata terbitan. Melalui pengimbuhan
maka berlaku pengubah golongan kata. Pengubahan golongan kata seperti kata
sendi nama "oleh" bertukar kepada kata kerja "beroleh" bila
imbuhan dikenakan kepada kata tersebut. Pemajmukan membentuk pula pengolangan
katanya tersendiri yang terdiri daripada kata
nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk dan kata tugas majmuk. Penggandaan
membentuk pula kata ganda dengan pelbagai bentuk.
Apabila
proses pengabungan kata berlaku maka terjadi rentak dan ragam bahasa yang
menarik. Ragam bahasa dalam bahasa
Melayu telah berjaya menggambarkan perasaan, peristiwa, situasi dan berbagai
lagi.
2.0
Kata
Kerja
Kata kerja ialah salah satu
daripada proses penggolongan kata. Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan
sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada kata
kerja aktif dan kata kerja pasif.
Kata kerja aktif pula terbahagi kepada kata
kerja transitif yang bersifat perbuatan melampau dan kata kerja tak transitif yang bersifat perbuatan tidak melampau. Kata kerja pasif pula berlaku apabila ayat
diubah dengan mempunyai makna yang sama seperti ayat frasa kerja aktif.
3.0
Kata
Kerja Aktif
Penggunaan kata kerja aktif
selalunya akan membina ayat frasa kerja aktif. Bagi memudahkan pemahaman
tentang ayat frasa kerja aktif, pemetaan tentang pengimbuhan amat membantu
dalam menegenalinya.
3.1
Kata
Kerja Aktif Tak Transitif
Kata
kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak
transitif tak berpelengkap. Kata kerja
tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan
dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, kata kerja tak transitif tidak
memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. kata kerja tak
transitif tidak boleh dipasifkan untuk membentuk ayat frasa kerja pasif. Selain
itu, kata kerja tak transitif boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang
di bawah ini.
·
Tanpa
imbuhan - pulang, pergi, duduk, mati,
tidur, balik
§ Ayah pulang dari kerja.
§ Adik pergi ke sekolah.
§ Abang duduk di sebelah kakak.
·
meN-... - mengalir, meletup, menangis, membisu
§ Air mengalir dengan perlahan.
§ Tong gas meletup selepas disambar api.
§ Adik menangis teresak-esak.
·
ber-... - berbicara, bercadang, berbincang,
berkereta
§ Ayah bercadang pergi berkelah.
§ Abang dan adik berbincang tentang pelajaran.
§ Ustaz berbicara perihal agama.
·
ter-... - terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik
§ Kereta lumba itu terkeluar dari litar.
§ Seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkap.
§ Kereta Amir terpelosok di bawah lori tangki.
·
ber-...-an - berguguran, bergandingan, berkibaran,
bertaburan
§ Daun-daun berguguran pada musim
kemarau.
§ Pasangan pengantin baru itu bergandingan tangan ke pelamin.
§ Bendera Malaysia megah berkibaran semasa sambutan Hari
Kemerdekaan.
·
ber-...-kan - berselimutkan, bersuamikan, beristerikan,
berbantalkan
§ Pengemis itu tidur berselimutkan plastik sampah.
§ Gadis cantik itu bersuamikan orang tua.
3.1.1
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap dan struktur ayat
masih tiada kesilapan. Dalam contoh ayat di bawah boleh diperhatikan bahawa
subjek melakukan kerja tidak membabitkan subjek yang lain. Contoh;
3.1.1.1
Gadis itu
asyik tidur.
3.1.1.2
Hujan turundengan lebatnya.
Namun begitu kata kerja tak transitif di atas boleh diikuti oleh unsur
keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat
tersebut. Contoh;
3.1.1.1
Gadis itu
asyik tidur di dalam kamar.
3.1.1.2
Hujan turun
dengan lebatnya sepanjang petang semalam.
3.1.2
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja
yang mesti diikuti oleh pelengkap yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama
untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau
penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang
boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh
dipasifkan. Contoh;
3.1.2.1
Keadaan
banjir sudah beransur surut.
3.1.2.2
Pasaran
saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3.1.2.3
Pengemis itu
tidur berbantalkan lengan.
3.1.2.4
Ying Ying
bercita-cita untuk menjadi arkitek.
3.1.2.5
Cikgu Zakiah
tinggal di Kepala Batas.
3.1.2.6
Hampir lima
tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
3.2
Kata
Kerja Aktif Transitif
Kata
kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada
benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek).
Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan. Boleh dikatakan bahawa kata kerja aktif transitif
boleh dikenal pasti dengan imbuhannya. Selain itu, ia boleh menggambarkan subjek
sedang melakukan perbuatan, membuat objek, menjadi, mengeluarkan bunyi, membuat
sesuatu dalam situasi atau menghala ke
arah. Contoh;
3.2.1
meN-
3.2.1.1
Iezam mencangkul tanah kebunnya.
3.2.1.2
Iezra menuju ke arah timur.
3.2.1.3
Singa itu mengaum sekuat-kuatnya.
3.2.2
meN-...-i
[
3.2.2.1
Maniam sedang menjalani pemeriksaan
kesihatan.
3.2.2.2
Aziera menghadiahi senaskah majalah kepada
Ummi.
3.2.2.3
Aiman menghadapi ujian UPSR dengan tenang.
3.2.3
meN-...-kan
3.2.3.1
Banduan itu melarikan diri dari tahanan.
3.2.3.2
Haji Hussein memasukkan wangnya ke dalam
dompet.
3.2.3.3
Tuan Amran menjalankan perniagaan
import-eksport.
3.2.4
memper-...-kan
3.2.4.1
Jurutera motor itu mempertingkatkan kuasa
enjin.
3.2.4.2
Ahli silap mata itu mempersembahkan
kebolehannya.
3.2.5
memper-...-i
3.2.5.1
Upacara itu adalah untuk memperingati
wira-wira yang telah terkorban.
3.2.5.2
Pelukis itu memperhalusi hasil karyanya.
3.2.6
Menunjukkan
perkara berkaitan bagi membentuk ragam ayat
3.2.6.1
Melakukan perbuatan
§ Atan sedang mengetuk
kepala adiknya.
§ Hassan mencuri duit
kawannya.
3.2.6.2
Membuat objek
§ Linggam membakar roti.
§ Fatimah menguli tepung.
3.2.6.3
Menjadi
§ Tengok, dia sudah meradang.
§ Latihan meningkatkan kemahirannya.
3.2.6.4
Mengeluarkan bunyi
§ Harimau mengaum ke arah
mangsanya.
§ Siti menjerit ketakutan.
3.2.6.5
Menghala ke arah
§ Kereta menuju ke arah
sana.
§ Angin kencang itu menghala ke
pedalaman Sarawak.
3.2.6.6
Memiliki
§ Tauke sayur itu berkereta
mewah.
3.2.6.7
Menghasilkan
§ Pokok sudah berbuah.
3.2.6.8
Menaiki
§ Kami berbasikal ke sana.
§ Cikgu Razak sekadar bermotosikal
pergi ke sekolah.
3.2.6.9
Mengikuti atau menghadiri
§ Mereka berbincang dengan
guru.
§ Ahli jawatankuasa sedang bermesyuarat.
3.2.6.10
Menganggap sebagai
§ Saya berkawan dengannya.
§ Mereka saling bermusuhan.
3.2.6.11
Dilakukan kepad diri
§ Kita harus bertahan.
§ Dia sentiasa bersabar
dengan sikap anaknya.
3.2.6.12
Perbuatan saling berbalasan
§ Mereka sedang berborak.
§ Hassan dan Hashim bertelagah
mengenai perkara itu.
4.0
Kata
Kerja Pasif
Kata kerja pasif pula berlaku
apabila ayat frasa kerja aktif diubah kepada ayat frasa kerja pasif. Ini
bermakna kata kerja transitif boleh
dipasifkan. Pengubahan ayat frasa kerja aktif telah meragamkan ayat frasa kerja
dan mengenakan pengimbuhan pada kata kerja. Pengimbuhan ini telah
mempelbagaikan ayat dengan rima yang berubah-ubah dan menarik.
4.1.
Kata kerja pasif yang berasal daripada kata kerja
transitif tetapi tidak berawalan men.
4.1.1
Masalah itu sudah diatasi.
4.1.2
Saya persilakan semua masuk.
4.2.
Tiga jenis kata kerja pasif.
4.2.1
Kata kerja pasif pertama
Kata kerja pasif ini berimbuhan ku-
4.2.1.1
Segalanya kuberikan kepada adikku.
4.2.1.2
Sekarang kupelajari kesilapan lalu.
4.2.2
Kata kerja pasif kedua
Kata kerja pasif ini berimbuhan ka-
2.2.2.1
Kauberikan apa saja yang dia mahu.
2.2.2.2
Cara terbaik kaupercepatkan kerja itu.
4.2.3
Kata kerja pasif ketiga
Kata kerja pasif ini berimbuhan di-
2.2.3.1
Beg itu diangkat ke atas meja
2.2.3.2
Kerusi itu dialih ke sisi.
4.3.
Kata kerja transitif yang dipasifkan.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Fatin sedang membasuh
kain dalam bilik air.
|
Kain sedang dibasuh oleh
Fatin di dalam bilik air.
|
Ibu sedang menidurkan adik
di dalam kamar.
|
Adik ditidurkan oleh
ibu di dalam kamar.
|
Tuan Hakim menjatuhi
pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.
|
Pengedar dadah itu dijatuhi
hukuman mati manadatori oleh Tuan Hakim
|
5.0
Mengenali
ragam kata kerja
5.1
Kata
Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif
merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dan terdiri daripada bentuk
yang berikut. Kelima-lima jenis kata kerja di berikut boleh berdiri sendiri
iaitu dapat dititik selepas perkataan tersebut di dalam ayat. Jika ayat
tersebut hendak diperluas,kata sendi perlu digunakan.
5.1.1
Kata kerja asal merupakan kata kerja bebas dan
tidak berimbuhan seperti perkataan makan,
minum, tidur, keluar, masuk, datang, duduk, lahir dan sebagainya.
5.1.2
Berawalan beR- seperti perkataan bersalam, bermain,
berbaring, belajar, bersenam, berdayung, berdiri, berbelanja, bersenam, berdayung,
berdiri, berbelanja, berdukacita, dan sebagainya.
5.1.3
Berawalan meN- seperti perkataan menyanyi, menyampuk,
memasak, mendarat, melompat, menari dan sebagainya.
5.1.4
Berawalan teR- seperti perkataan termenung, terserempak,
terbaring, tertidur, tersungkur, terjebak, terhidang dan sebagainya.
5.1.5
Berapitan beR-…-an seperti perkataan berjauhan, brerlari-larian,
bergentayangan, bersalaman, berkeliaran, berdua-duaan, berpadanan dan
sebagainya.
5.1.6
Penggunaannya kata sendi digunakan untuk
memperluas ayat. Contoh ayat ; Ibu sedang tidur di dalam bilik.
5.1.7
Berapitan beR-…-kan seperti perkataan berpandukan,
beralaskan, berbantalkan, berdasarkan, berselimutkan, berpaksikan dan sebagainya.
Perlu diingatkan bahawa
perkataan berapitan beR-…-kan perlulah diikuti dengan pelengkap dan tidak boleh
disertai kata sendi. Contoh ayat; Mereka mengembara dengan berpandukan pada peta. (pada - tidak boleh dikenakan).
5.2
KATA
KERJA TRANSITIF
Kata kerja transitif
merupakan kata kerja yang memerlukan objek untuk membentuk frasa kerja yang
dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.objek yang hadir selepas kata kerja
transitif mestilah terdiri daripada kata nama.
5.2.1
Kata Kerja Transitif Objek
Contoh;
a.
membaca buku cerita
b.
menaiki basikal
c.
menendang bola
5.2.2
Kata kerja transitif terdiri daripada beberapa bentuk,iaitu
seperti yang berikut.
5.2.2.1 Awalan meN- menolak, menyuruh,
memaksa, mendengar, melontar
5.2.2.2 Apitan meN- …i menaiki, mencintai,
memiliki, mengingati, menyakiti
5.2.2.3 Awalan rangkap mempeR-
memperluas, memperbesar, memperoleh, mempercantik
5.2.2.4 Apitan mempeR…i - memperingati, mempersenjatai, mempertontoni,
5.2.2.5 Apitan mempeR…kan -mempersembahkan,
memperdagangkan, memperlihatkan
5.2.2.6 Awalan teR…- tersepak, terambil,
terdengar
5.2.2.7 Perlu diingatkan tidak
boleh hadir sebarang perkataan selepas kata kerja transitif selain objek yang
terdiri daripada kata nama. Contoh; …menceritakan tentang masalahnya. (tentang - tidak boleh dikenakan)
5.2.2.8 Perlu diingatkan juga imbuhan
rangkap memper- yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata
sendi dan kata adjektif tidak boleh disertai akhiran- kan. Contoh; …memperdalamkan.
(kan - tidak boleh dikenakan)
6.0
Kesimpulan
Kesilapan penggunaan bahasa berlaku kepada
sesiapa sahaja. Dalam konteks pendidikan kesilapan penggunaan bahasa ini
berlaku kepada guru-guru praperkhidmatan, guru-guru permulaan, guru-guru yang
telah berkhidmat sama ada yang mempunyai opsyen bahasa Melayu ataupun yang
bukan opsyen bahasa Melayu. Sikap pengguna bahasa sering dikaitkan dengan
kesilapan penggunaan bahasa. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), banyak pelajar
beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana bahasa itu ialah bahasa
ibunda mereka. Mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu yang
digunakan seharian sebenarnya dialek Melayu yang banyak berbeza dengan bahasa
Melayu baku. Selain itu pengaruh media massa juga menjadi penyebab hal ini berlaku
sehingga timbullah keadaan yang dikatakan kesalahan, kesilapan dan kekeliruan
bahasa.
Mengenali kata kerja sahaja belum
cukup untuk menguasai sifat bahasa Melayu baku yang sebenar.
Bibiografi
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin.
2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1 & 2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood, &
Inderbir Kaur (1995). Beberapa Kajian terhadap Kesalahan Bahasa, Jurnal Dewan Bahasa, Jld. 39, Bil. 6. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru
dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd.
Asiah Idris (2003), Penyimpangan
dalam Penggunaan Bahasa: Tidak Tahu atau Tidak Mengambil
Tahu? Dewan Bahasa: Disember 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1995).
Gaya Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koh Boh Boon (1989).
Perspektif-prespektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia: Analisis Kesalahan Kesalahan Ejaan dan
Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Dilakukan oleh Sekumpulan
Siswazah. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.