BML3083

A.           Dalam ilmu semantik terdapat beberapa istilah. Berikan maksud / definisi / konsep bagi frasa-frasa di berikut;

1.    Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

2.    Abstrak

Secara konsepnya abstrak ialah sesuatu yang tidak mempunyai makna tetapi tidak dapat dilihat dan dipastikan pada kadarnya. Keadaan ini dapat dipastikan apabila timbunya kata abstrak apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya, senyum menjadi senyuman. Senyum ialah perbuatan yang dapat dilihat, tetapi senyuman memberi makan lain apabila ditambah dengan manis. Senyuman yang manis tidak dapat dibayangkan kemanisannya melalui deria rasa. Contoh lain ialah tahan. Tahan ialah kata sifat tetapi ianya adalah abstrak kerana tahan sukar untuk ditentukan tahapnya.

3.    Konkrit
Konkrit menurut Kamus Dewan ialah sesuatu yang dapat dicapai oleh deria seperti penglihatan, sentuhan, pendengaran dan sebagainya (Kamus Dewan, 2006:ms-421). Konkrit menyentuh kepada sesuatu yang nyata dan dapat diketahui kewujudannya secara logik.

Konsep konkrit dalam bahasa pula merujuk kepada kata yang diberi kepada benda seperti batu atau kayu. Sesuatu yang konkrit disebut akan mengambarkan juga sesuatu yang konkrit dinilai dari segi capaian deria. Dari segi ayat pula, selalunya hujah akan digandingkan dengan konkrit. Konkrit di sini akan merujuk kepada sesuatu yang boleh diterima oleh akal secara logik dan terdapat bukti yang memperkukuhkan hujah tersebut.

4.    Makna
Makna pula menerangkan erti perkataan. Selalunya menerangkan tentang takrif atau definisi sesuatu perkataan (Kamus Dewan,2006:ms-494).

Makna secara konsepnya pula merupakan penerangan yang jelas bagi sesuatu kata. Penerangan ini pula akan menyatakan bahawa sesuatu perkataan itu kena pada hal-hal yang akan menerangkan sesuatu tujuan. Apabila sesuatu kata diucapkan juga akan membawa kepada makna dari segi pemikiran dan tanggapan. Seseorang akan memikirkan kata yang digunakan dan membuat tanggapan. Sama ada perkara yang difikiran sama atau sebaliknya bergantung kepada tanggapan seseorang. Namun yang pastinya setiap kata yang dugunakan mempunyai makna.

Makna juga sukar untuk ditafsirkan jika ianya berkaitan dengan kata yang membawa makna tidak konkrit. Dalam hal ini, tafsiran makna akan berubah pada seseorang mengikut keadaan tertentu dan selalunya terdapat persoalan untuk menerangkannya.

5.    Lambang
Maksud Lambang seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan ialah tanda yang menyatakan atau mengenalkan sesuatu. Ia boleh berbentuk simbol atau isyarat.

Konsep lambang selalunya bagi menunjukkan sesuatu hubungan dengan sesuatu benda yang diperkatakan. Lambang yang digunakan boleh berubah mengikut situasi. Kata yang melambangkan sesuatu hal secara langsung akan merujuk terus kepada makna kata. Namun begitu, terdapat juga kata yang merujuk secara tidak langsung atau bersifat perumpamaan.

Secara umumnya lambang adalah salah satu daripada komponen yang akan menerangkan makna kata. Lambang adalah satu cara untuk menerangkan maksud sesuatu idea secara jelas atau perbuatan yang dinyatakan.

6.    Ketaksaan
Perkataan asal Ketaksaan ialah taksa. Taksa diberi makna sebagai sesuatu yang mempunyai makna kabur iaitu sesuatu yang menyangsikan atau meragukan. Ketaksaan pula ialah kekaburan, kesangsian, keraguan atau ketidakpastian tentang sesuatu (Kamus Dewan, 2006: ms-752).

Ketaksaan timbul apabila wujunya kekeliruan dalam menentukan makna perkataan dalam sistem pemprosesan bahasa tabii. Ketaktentuan ini timbul dalam memproses kata kerana terdapat lebih daripada satu tafsiran yang boleh dibuat (PRPM-DBP,2008).

Secara jelasnya, ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya iaitu ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi ayat yang taksa, seseorang akan meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman masing-masing. Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah. Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat seseorang keliru. Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat. Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan ketaksaan makna. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Sebagai contoh ayat; jemput hadir, kedatangan diwajibkan.

Kesimpulannya, sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna.

Jenis ketaksaan makna terdiri daripada
6.1      Kekaburan rujukan
-       belukar - hutan
6.2      ketidakpastian makna iaitu makna yang tidak jelas
-       buku adik
6.3      kurang ketentuan pada makna item
-       jiran
6.4      pertentangan makna
-       pertentangan pada penentuan makna item kerana arahan kurang jelas
-       pertentangan tafsiran faktor ketaksaan makna akibat hubungan makna dengan alam ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi.
-       sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contohnya bunga (di taman, anak gadis)





B.           Ilmu semantik membicarakan jenis-jenis makna yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Berikan penjelasan tentang jenis-jenis makna di bawah.

1.    Konotatif
Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Penggunaan makna konotatif melibatkan penilaian rasa seseorang. Penggunaan makna ini melibatkan perbandingan antara dua perkataan yang mempunyai makna denotatif yang sama. Perbandingan rasa antara perkataan gadis dan betina contohnya. Kedua-dua perkataan ini adalah jantina yang sama. Tetapi, gadis menggambarkan seorang perempuan yang baik. Sementara itu, betina pula menggambarkan seorang perempuan yang kotor dan mempunyai keperibadian yang tidak elok. Dari segi perbandingan rupa iaitu lawa dan segak pula memberikan maksud berlainan pula. Lawa merujuk kepada ketampanan seseorang dan segak pula tidak semestinya lawa dan ia lebih kepada segi pemakaian seseorang. 

Faktor agama yang dianuti masyarakat turut sama mempengaruhi tanggapan. Makna konotatif merujuk kepada halal dan haram. Halal adalah sesuatu yang baik dan haram pula sesuatu yang tidak baik. Bagi yang beragama islam pula, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang paling sedap. Selain itu, kata yang sama juga mempunyai  makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Perkataan khalwat pada asalnya membawa maksud ‘mendekati Allah’, duduk bersendirian mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Maksud lain perkataan tersebut berubah kepada perbuatan negatif iaitu berdua-dua antara lelaki dan perempuan bukan muhrim di tempat yang sunyi dan tersembunyi untuk melakukan perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004).

Dalam bahasa, makna konotatif ini tidak begitu spesifik tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan juga muzik. Pengiklanan produk tidak sama seperti yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Bagi orang yang terpelajar, mereka akan menyakatan pendapat yang berbeza. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata yang santun, halus, sedap didengar, tepat makna dan sesuai pada masanya digunakan untuk menggambarkan makna. Perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. Makna denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif.

2.    Leksikal
Menurut Kamus Dewan (2004), leksikal adalah perbendaharaan kata sesuatu bahasa, iaitu mengandungi makna sesuatu perkataan yang tanpa melihat penggunaannya dalam ayat.

Leksikal mengandungi kata yang saling melengkapi antara satu sama lain. Perkataan yang bersifat leksikal sering dilihat pada antonim seperti muda dan tua, dahulu dan sekarang serta banyak lagi.

Teori leksikal juga diaplikasikan untuk melihat hubungan makna dengan seberapa banyak ciri yang sama. Dari mana, satu perkataan akan mewakili sejumlah unsur yang sama. Teori ini juga membabitkan satu kata berkaitan dengan kata yang lain juga mempunyai unsur yang sama. Namun begitu, ia masih terikat dengan ciri hiponim untuk mendapat makna yang lebih tepat.

Katz dan Fodor (1963) telah memperbaharui teori ini dengan menggunakan kata kekerabatan. Mereka telah menggunakan komponen makna untuk mengaitkan makna dan hubungan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Melalui teori ini, konsep kata akan dipecahkan mengikut kompenen. Kompenen makna akan ditanda (+) dan (-) bagi memudahkan mendefinisikan kata agar mudah difahami kaitan antara perkataan. Namun begitu, ianya masih tidak dapat memberi makna yang lebih tepat kerana masih terdapat perkataan lain bercirikan konotatif yang tidak sesuai mengandungi makna yang sama masih dapat digunakan. Perkaitanya akan lebih jelas difahami seperti contoh dalam jadual di bawah.
Suami
Isteri
Kakak
Abang
Adik
 + orang
+ orang
+ orang
+ orang
+ orang
+ dewasa
+ dewasa
+ dewasa
+ dewasa
+ dewasa
+ lelaki
- lelaki
- lelaki
+ lelaki
+ lelaki
- perempuan
+ perempuan
+ perempuan
- perempuan
+ perempuan
+ bapa
+ ibu
...
...
+ kanak-kanak

3.    Etimologis
Etimologis adalah satu kajian tentang asal-usul dan perkembangan perkataan (John Lyons). Etimologis di sini menerangkan asal-usul perkataan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan (DBP).

Etimologis Bahasa Melayu terdapat pelbagai pembentukan kata yang asalnya dari bahasa lain atau telah diubah. Selain itu, ia adalah kajian untuk mengenal salasilah perkataan dan perkembangan perkataan yang digunakan sekarang berdasarkan perubahan makna kesan daripada liguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.


4.    Gramatikal
Gramatikal bermaksud wujudnya makna baru apabila perkataan melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan yang mewujukan makna yang gramatis.

Pengimbuhan boleh dikenakan kepada kata dasar untuk memperkembangkan maknanya (Ahmad Khair Mohd Nor ,2007: 10). Dengan meletakkan imbuhan maka wujud pelbagai makna perkataan. Dengan wujudnya pelbagai makna perkataan maka bertambahlah perkataan yang lebih gramatis untuk digunakan. Pengulangan juga akan mewujudkan perkataan yang lain maknanya. Pengulangan kata akan mewujudkan perkataan baru seperti menjumlahkan bilangan atau memperkembangkan makna. Di samping itu juga, pemajmukan kata akan menambahkan makna perkataan. Seperti pengimbuhan tadi, pemajmukan juga menambahkan bilangan kata yang boleh digunakan.

5.    Stilistik
Stilistik ialah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan. Di samping itu, ianya berkaitan dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan. Demikian juga, Umar Yunus dengan tegas mengatakan bahawa unsur stilistik yang utama ialah ayat dan tidak bermaksud menutup penerokaan stilistik seseorang penulis.

Stilistik juga berkaitan dengan fonostilistik iaitu cabang stilistik yg berkaitan dengan penyelidikan fungsi pengungkapan bunyi, misalnya penggunaan onomatopeia dalam penulisan puisi. Disamping itu, epifora sebahagian daripadanya apabila pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat yang berturutan untuk mencapai kesan stilistik tertentu, misalnya rima di akhir baris dalam rangkap syair.

6.    Kolokatif
Kolokatif adalah perkataan yang mempunyai makna yang sama, tetapi digunakan mengikut kesesuaian. Perkataan yang sama mempunyai hubungan dengan beberapa perkataan yang lain. Oleh itu, kolokatif merangkumi kata yang digunakan bersesuaian dengan keadaan dan sifat.

C.           Baca dan fahami konsep bagi perkataan sinonim, antonim, hiponim, dan hipernim. Berikan 3 contoh kata yang boleh mewakili setiap istilah/kata di atas.

1.    Sinonim
Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Kata seerti atau bersinonim mempunyai kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya misalnya perkataan cantik sinonim dengan perkataan indah. Di samping itu, mensinonimkan adalah menganggap sama antara dua perkara atau benda. Contohnya, orang Melayu disi­nonimkan dengan beragama Islam.
1.1          Kecualian Sinonim
-       Bergantung kepada konteks ayat dan perkataan sinonim akan mengubah makna ayat.
-       Contoh ;
i.              Bapa ayam – ayah ayam
ii.             Ambil alih – ambil pindah
iii.            Balai larangan – balai tegahan

1.2          Perbincangan
-       Mengikut kesesuaian keadaan
-       Contoh ;
i.              Lelaki (untuk lelaki biasa) – Jantan (untuk haiwan atau lelaki jalang)
ii.             Wanita (untuk perempuan dewasa) – betina (untuk haiwan atau perempuan jalang)
iii.            Meninggal dunia (manusia) – mati (haiwan)

1.3          Perbezaan Sinonim
-       Perbezaan makna yang melibatkan kata sinonim yang bercanggah
-       Contoh ;
i.              Haiwan (umum) – Ayam (khas)
ii.             Isteri (halus) – bini (kasar)
iii.            Penyuntik (sifat) – Picagari (sains)

2.    Antonim
Antonim ialah kata yang berlawanan makna dengan perkataan lain atau kata lawan bagi sesuatu perkataan.
2.1          Antonim berpasangan
-       Kata nama yang mempunyai makna berlawanan atau dipanggil antonim pengenap.
-       Contohnya;
i.              Hidup – mati
ii.             Siang – malam
iii.            Pulang – mansang

2.2          Antonim berperingkat
-       Antonim tafsiran yang melibatkan kata adjektif.
-       Contohnya;
i.              Hitam – putih
ii.             Besar – kecil
iii.            Luas – sempit

2.3          Antonim berhubungan
-       Mempunyai hubungan dari segi sebalikkan.
-       Contohnya;
i.              Guru – murid
ii.             Untung – rugi
iii.            Tua - muda






3.    Hiponim
Hiponim ialah makna perkataan yang terdapat dalam makna perkataan yang lain atau  berkaitan.
3.1          Hiponim tulen
-       Satu perkataan yang mencakupi perkataan-perkataan yang sama golongan.
-       Contohnya;
i.              Padi mencakupi beras  dan nasi.
ii.             Haiwan mencakupi kambing, lembu, ayam dan sebagainya.
iii.            Manusia mencakupi lelaki, perempuan, adik, abang dan sebagainya.

3.2          Hiponim umum
-       Perkataan yang menjadi kata nama umum dan selalunya berganding.
-       Contohnya;
i.              Padang – padang bola sepak, padang ragbi, padang hoki dan sebagainya.
ii.             Gelanggang – gelanggang sepak takraw, gelanggang badminton dan sebagainya.
iii.            Tukang – tukang kayu, tukang simen, tukang perahu dan sebagainya.
4.    Hipernim
Hipernim boleh dikatakan sebagai perkataan yang umum bagi maksud perkataan hiponim. Perkataan hipernim adalah mengekstrak perkataan hiponim. Contoh bagi hipernim ialah seperti;
i.              Haiwan – singa, harimau, kucing, dan sebagainya.
ii.             Lembu – lembu tenusu, lembu daging
iii.            Ayam – ayam telur, ayam daging, ayam kampung




D.           Berikan ulasan dari sudut makna bagi pasangan perkataan di bawah.

1.    Buaya – buaya darat
Buaya bermaksud haiwan dua alam dan lanjutan daripada haiwan prasejarah. Buaya terkenal dengan sifatnya yang ganas dan pandai mengambil kesempatan daripada kelalaian haiwan mangsa. Oleh kerana sifat buaya, maka timbul simpulan bahasa buaya darat. Buaya darat bermaksud seorang lelaki yang suka menukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka yang telah dinodai. Sifat buaya di sini dipasangkan dengan sikap lelaki yang dipanggil buaya darat.

2.    Buku – membukukan
Buku ialah rangkaian hasil tulisan yang mengandungi ilmu untuk rujukan. Buku juga boleh diberi makna gumpalan. Jika makna kedua-dua digunakan maka sifat buku nampak lebih jelas. Maka dengan itu, membukukan bermakna himpunan hasil penulisan yang dikumpulkan dan dijadikan sebuah buku karya penulisan.

3.    Wanita – perempuan
Wanita sinonimnya ialah perempuan. Pembahagian maksud dikenakan kepada wanita sebagai perempuan yang dewasa dan matang. Manakala perempuan pula mewakili jantina secara umum tidak kira kecil, besar, tua atau muda.

4.    Gadis – perawan
Gadis bermaksud perempuan muda yang belum berkahwin. Terdapat kekeliruan dengan makna perawan. Namun begitu, jika kedua-duanya diguna serentak gadis perawan bermaksud seorang gadis muda yang belum berkahwin dan belum ternoda. Maka perawan membawa makna belum berkahwin atau belum dinodai.






E.            Makna dianalisis dalam tiga bahagian iaitu lambang, fikiran dan benda (menurut C.K. Odgen dan I.A. Richard)
Berdasarkan penyataan di atas, buat satu huraian berkaitan dengan hubungan ketiga-tiga unsur tersebut.

Charles Kay Ogden (1889-1957) adalah seorang ahli bahasa Inggeris, ahli falsafah, dan penulis. Dia digambarkan sebagai seorang polymath tetapi juga aneh dan luar biasa. Dia telah mengambil bahagian dalam banyak usaha yang berkaitan dengan sastera, politik, seni dan falsafah, yang mempunyai kesan yang luas terutamanya sebagai seorang editor, penterjemah dan aktivis bagi memperbaharui bahasa Inggeris. Beliau biasanya ditakrifkan sebagai seorang ahli psikologi bahasa, dan kini dikenang sebagai pencipta dan muallim Asas Bahasa Inggeris.

Ivor Armstrong Richards (1893-1979) adalah seorang pengkritik berpengaruh sastera dan pidato Bahasa Inggeris. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Magdalene, Cambridge di mana cintanya kepada Bahasa Inggeris telah dipupuk oleh ulama 'Kusir' Spence. Buku-buku beliau, terutama Maksud Makna, Prinsip Kritikan Sastera, Kritikan praktikal, dan Falsafah Retorik terbukti mempengaruhi asas bagi Kritikan Baru. Konsep 'kritikan praktikal' dalam amalan membaca, apa yang sering dianggap sebagai permulaan kritikan sastera moden. Richards kerap dianggap sebagai salah satu pengasas kajian kontemporari sastera dalam Bahasa Inggeris.

Satu Kajian Pengaruh Bahasa kepada Pemikiran dan Sains Simbolisme (1923) adalah sebuah buku oleh CK Ogden dan IA Richards, Magdalene College, University of Cambridge. Ia telah digunakan sebagai buku rujukan dalam pelbagai bidang termasuk bahasa, falsafah, bahasa, sains kognitif dan yang paling baru-baru ini semantik dan semiotik secara umum.

Unsur lambang, fikiran dan benda adalah kajian utama mereka. Unsur ini adalah perkara utama yang dikaji oleh mereka. Penjelasan kepada makna kata tidak wujud dalam kata yang digunakan, tetapi pada orang akibat daripada pengalaman yang lalu. Konsep-konsep seperti Segi Tiga Semantik, Medan Perbandingan, dan istilah "tanda" dan "simbol" membezakan makna. Salah faham antara penghantar dan penerima merupakan masalah utama dalam berkomunikasi

Penjelasan tentang tanda adalah hal yang terjadi secara semulajadi dalam diri individu. Apabila pendengar mendengar satu bunyi salakan, maka pendengar akan terus mengaitkan bunyi itu sebagai bunyi anjing. Begitu juga, pendengar mendengar pekikan pastinya tanggapan pendengar ada sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Maka, tanda adalah mengaitkan tentang kejadian atau objek yang sebenar. Penjelasan tentang lambang pula adalah lebih khursus kerana lebih konvensional dan bukan semulajadi. Perkataan adalah satu lambang yang tidak melambangkan objek yang sebenar. Oleh itu, tanda dan lambang tidak mempunyai makna. Ini adalah kerana sesuatu tanda tidak semestinya menyatakan perkara sebenar. Begitu juga dengan lambang yang tidak memperlihatkan objek yang sebenar.

Penjelasan makna kata hanya terjadi apabila tanda dan lambang dikaitkan dengan pemikiran. Kedua-duanya menjadi bermakna apabila tanda dijadikan rujukan dan diwakili oleh lambang yang mana diwujukan di dalam fikiran untuk berkomunikasi. Seseorang yang berkomunikasi akan mewujukan tanda yang diwakili oleh lambang bagi menyatakan makna. Namun begitu, akan wujud salah faham apabila tanda dan lambang yang diwujudkan oleh pengirim telah disalah tafsirkan oleh penerima. Ini adalah kerana penerima tidak mempunyai rujukan yang sama dengan pengirim. Maka dengan itu, kata akan tidak bermakna kerana tidak menjelaskan perkara yang sebenar.

Di samping itu, rujukan dalam fikiran seseorang adalah berbeza dengan seseorang lagi kerana pengalaman yang dialami berbeza. Ini juga menjadi faktor kata menjadi tidak bermakna. Oleh kerana itulah, maka wujudnya satu definisi yang sama agar tidak berlaku salah faham dalam komunikasi berkesan dan bermakna.
  

BIBLIOGRAFI
Abdullah Yusof et. al., 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka    Salam Adn. Bhd.
Abdullah Hassan. 1992. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian    Pelajaran Malaysia.
Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur:          Dewan Bahasa dan pustaka.
Ainon Muhammad (1994). Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka    dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan, 2004.
Anwar Ridwan (2006). Kamus Simpulan Bahasa Daya. Kuala Lumpur:Penerbitan Minda (M)       Sdn. Bhd.