KRM 3023
a.
Menyediakan rancangan pelajaran harian (RPH) mengenai
kemahiran tajuk ukuran.
b.
Penyediaan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan RPH di atas, andaikan beberapa orang murid anda dikenalpasti
mengalami kesukaran dan miskonsepsi.
c.
Sediakan catatan refleksi yang mengesan masalah
ini.
d.
Menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang
bersesuaian untuk mengatasi masalah berkenaan berdasarkan refleksi yang dibuat dalam
rancangan pengajaran dan pembelajaran anda.
1.0
Pendahuluan
Kerja kursus ini
adalah hasil dari perbincangan berpasangan seperti yang diminta oleh soalan
tugasan kerja kursus KRM 3023 Asas Ukuran. Persediaan mengajar ini adalah
diantara persediaan mengajar yang telah dilaksanakan dalam bilik darjah.
Kemahiran yang dipilih adalah merangkumi Asas Ukuran Panjang dan melangkaui
hingga kepada pengiraan.
Pada pendapat
kami, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengajar kemahiran ini secara
menyeluruh terlebih dahulu. Dengan pengajaran secara menyeluruh terlebih
dahulu, maka dapatlah guru menyediakan pengetahuan sedia ada kepada murid. Di
samping itu, asas pengukuran yang diajar pada kali ini melibatkan pengukuran
secara realiti atau maujud. Dengan pengajaran begini, maka murid dapat
mengalami pengalaman yang sebenar.
Bahan-bahan yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk ini amatlah mudah dan senang
didapati. Oleh kerana, ini akan memudahkan guru mengajar dan menyampaikan isi
pengajaran dengan lebih berkesan.Semoga dengan Pesediaan Mengajar yang dibuat
ini akan memberi manafaat kepada semua untuk mengkaji semula dan memikirkan
bahawa selain menyediakan pengetahuan kemahiran yang diajar, guru harus
menyediakan pengetahuan sedia ada untuk memudahkan murid menguasai
kemahiran-kemahiran yang seterusnya.
2.0
Rancangan
Pelajaran Harian
2.1
Tarikh :
17 JULAI 2013
2.2
Hari :
Rabu
2.3
Masa :
0930 hingga 1000
2.4
Kelas :
Tahun 4 Amanah
2.5
Bilangan Pelajar :
26 orang
2.6
Mata Pelajaran :
Matematik
2.7
Tajuk :
Unit 9 : Ukuran Panjang
2.8
Kemahiran : i. Memahami unit piawai seperti meter
dan sentimeter adalah lebih tepat dalam
membuat ukuran.
ii. Membuat
ukuran panjang dengan pembaris atau pita pengukur.
2.9
Objektif :
Pada akhir
pembelajaran murid akan dapat:
i.
Mengenal unit piawai dalam ukuran panjang iaitu meter dan sentimeter
dan simbol unit piawai meter ialah “ m ” dan sentimeter ialah “cm ”.
ii.
Murid memahami “cm ”adalah unit piawai
bagi ukuran jarak yang lebih pendek manakala “m ”
adalah unit piawai bagi ukuran jarak yang lebih panjang.
iii.
Murid boleh mengukur dengan cara yang betul
dengan menggunakan unit piawai.
2.10
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid sudah mengenal pembaris dan pita
pengukur dan mengetahui bahawa pembaris
bukan saja dijadikan alat membuat garisan
malah pembaris adalah salah
satu jenis alat pengukur.
2.11
Konsep Matematik :
Mengenal unit
piawai bagi ukuran panjang berdasarkan sistem metrik.
2.12
Alat Bantu Mengajar :
Pembaris sentimeter(cm)
,Pembaris meter (m) , pita pengukur ,teka-teki , pensel, gelas,
buku, slideshow dan lembaran kerja.
2.13
Nilai : Mematuhi peraturan
, berdisiplin dan bekerjasama.
2.14
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
Langkah
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(5 minit)
|
Menarik minat murid
dalam mengaitkan tajuk pelajaran
|
· Guru memaparkan
teka-teki menggunakan slideshow.
Badanku leper dan lurus memanjang. Badanku
bertanda dituliskan nombor. Jika hendak mengukur, jangan lupa cari aku. Wahai
kawan-kawanku cuba teka siapa aku?
· Guru bertanya kepada
murid tentang kegunaan pembaris.
|
·
Murid memberi respon berkenaan teka-teki.
·
Jawapan teka-teki : PEMBARIS
·
Murid menyatakan kegunaan pembaris
|
Strategi
· Soaljawab teka-teki seluruh
kelas .
· Pendedahan
pengetahuan sedia ada murid.
ABM
· slideshow
|
Langkah Pertama (10
minit)
|
Mengenal unit piawai
cm dan m adalah unit standard bagi ukuran panjang
|
· Guru menunjukkan
unit yang ditulis pada sebatang pembaris.
· Guru memperkenalkan simbol
"cm" dan "m".
· Guru menerangkan
unit piawai meter dan sentimeter adalah unit standard bagi ukuran panjang.
· Guru menerangkan
perkaitan antara unit tersebut.
· Guru menyoal tentang
perkaitan antara unit.
|
·
Murid mengamati unit ditulis pada pembaris masing-masing.
·
Murid memahami unit standard bagi ukuran panjang.
·
Murid menjawab dan membaca simbol bagi meter ialah “m” dan simbol bagi
sentimeter ialah “cm”.
|
Strategi
·
Soaljawab
Nilai
·
Berdisiplin
ABM
· Slideshow
· Pembaris
· Pita Pengukur
|
Langkah Kedua (10
minit)
|
Mengenal unit piawai
cm dan m adalah unit standard bagi ukuran panjang
Cara mengukur dengan
betul.
|
· Guru menanya murid tentang simbol
“m” dan “cm”.
· Guru menunjukkan cara-cara mengukur dengan alat-alat pengukur dengan betul.
Teknik mengukur
o
Meletakkan objek lurus bermula dari titik "0".
o
Kemudian , melihat lurus atau tegak mengikut hujung objek
atau kepanjangan atau ketinggian objek tersebut.
|
·
Murid menjawab dan membaca simbol bagi meter ialah “m” dan simbol bagi
sentimeter ialah “cm”.
·
Murid memahami cara-cara mengukur dengan betul mesti bermula dari "0".
·
Murid memerhati cara mengukur dengan betul.
|
Strategi
· Tunjukcara
· Soaljawab
ABM
· Slideshow
· Pembaris
· Pita Pengukur
|
Langkah Ketiga (15
minit)
|
Cara mengukur dengan
betul.
|
·
Guru meminta murid menunjukkan cara mengukur.
|
·
Murid menunjukkan cara mengukur
ketinggian gelas , panjang dan tebal
buku.
|
Strategi
·
Latihan amali
ABM
·
Gelas
·
Buku
·
Pembaris
|
Langkah Keempat (15
minit)
|
Perbezaan antara dua
unit.
Mengukur dengan
menggunakan unit piawai
|
·
Guru meminta murid membuat
perbandingan antara meter (m) dengan sentimeter (cm).
·
Guru agihkan murid dalam kumpulan.
·
Guru berbincang permintaan soalan dengan murid.
·
Guru minta pelajar menunjukkan alat pengukur yang diminta dalam soalan.
·
Guru meminta murid untuk mengukur alat atau bahan dalam kelas.
·
Guru berbincang jawapan bersama murid-murid.
|
·
Murid memahami “cm” diguna untuk jarak yang pandek. “m” untuk jarak yang lebih panjang .
·
Murid bergerak dalam kumpulan.
·
Murid menunjukkan pengukur yang diminta oleh guru.
·
Murid mengukur alat atau bahan yang terdapat dalam kelas.
·
Murid melaporkan kepada guru
sukatan yang mereka perolehi.
|
Strategi
·
Perbincang-an
·
Aktiviti kumpulan
Nilai
·
Bekerja-sama
·
Berdisiplin
·
Mematuhi arahan
ABM
·
Pembaris
·
Pita penyukat
|
Penutup (5 minit)
|
Imbas kembali isi pelajaran
|
·
Guru menyoal murid untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.
·
Murid diberi lembaran kerja tentang ukuran panjang
dan perlu disiapkan di rumah.
|
·
Murid menjawab soalan guru
|
|
2.15
Refleksi :
i.
13 orang murid menguasai keseluruhan kemahiran diajar.
ii.
9 orang murid menguasai unit piawai dan perbezaannya.
iii.
4 orang murid masih belum menguasai sukatan piawai.
3.0
Miskonsepsi
Pembelajaran
Empat orang murid
mengalami masalah dalam menguasai penggunaan unit piawaian. Antara masalah yang
dihadapi oleh empat murid tersebut ialah;
3.1
Tidak dapat mengenali jenis piawaian yang digunakan untuk
membuat sukatan mengikut panjang sesuatu bahan.
3.1.1 Masalah
ini berlaku apabila murid tidak memahami unit piawai sukatan yang hendak
digunakan.
3.1.2 Murid
belum lagi memahami nilai kecil digunakan untuk objek yang lebih pendek dan
nilai besar digunakan untuk objek yang lebih panjang.
3.2
Tidak dapat membuat sukatan dengan betul.
3.2.1 Masalah
ini berlaku kerana murid membuat sukatan menggunakan pembaris bermula dari
kiraan "1" dan bukannya "0".
3.2.2 Murid
memikirkan bahawa setiap sukatan bermula daripada "1" kerana
pengiraan biasa bermula daripada "1".
3.3
Tidak dapat mengira sukatan yang dibuat.
3.3.1 Masalah
berikut pula ialah mengenai murid yang tidak memahami cara membuat sukatan dan
tidak dapat mengira sukatan yang dibuat.
3.3.2 Masalah
ini biasanya murid cuai dalam membuat sukatan terutamanya menggunakan pembaris
pendek untuk objek yang lebih panjang.
3.3.3 Sukatan
yang dibuat selalunya tidak tepat apabila mengukur menggunakan alat yang sama
secara berulang-ulang.
3.4
Tidak dapat membeza antara dua bacaan unit piawai.
3.4.1 Masalah
berikut adalah masalah murid membuat perbandingan antara dua unit yang
digunakan.
3.4.2 Selalunya
murid tidak memahami unit kecil berbanding unit besar.
4.0
Mengatasi
Masalah Miskonsepsi
Cara
paling mudah untuk mengatasi miskonsepsi di atas adalah menggunakan kad petak.
Penggunaan carta gambar juga dapat dipelbagaikan untuk mengatasi
masalah-masalah di atas. Oleh itu, masalah tersebut dapat di atasi secara
menyeluruh seperti digambarkan di bawah.
4.1
Masalah 2.1;
4.1.1 Murid diperkenalkan dengan dua kad unit piawai di bawah.
4.1.2 Murid diarahkan untuk membuat sukatan dan membandingkan gambar yang mana lebih mudah digunakan.
Contoh:
kad petak sebagai pembaris untuk mengukur
Kad petak dalam hitungan sepuluh
Contoh
aktiviti:
Sukatan tinggi buku
4.2
Masalah 2.2 ;
4.2.1 Murid menggunakan kad yang sama untuk membuat sukatan dan mengiranya satu persatu.
4.2.2 Murid dikehendaki menggunakan kad
petak hitungan sepuluh terlebih dahulu
sebelum menggunakan kad petak.
Contoh:
Contoh aktiviti:
Kiraan sukatan di atas ialah 35 cm.
4.3
Masalah 2.3 ;
Contoh:
Ukuran di atas adalah 11cm.
4.4
Masalah 2.4 ;
4.4.1 Menggunakan kad yang sama murid mula-mula membuat sukatan.
4.4.2 Murid membuat perbandingan dengan menukar kad yang satu lagi
untuk membuat sukatan.
4.4.3 Pastikan ukuran yang hendak dibuat adalah menjangkau satu meter supaya mudah murid untuk memahaminya.
4.4.4 Guru juga mesti membuat kad petak yang berukuran satu meter.
4.4.5 Akhir sekali murid membuat perbezaan antara unit piawai.
5.0
Kesimpulan
Murid-murid
yang menghadapi masalah miskonsepsi dalam membuat sukatan panjang sebenarnya
lebih mudah diatasi jika murid-murid sebegini diajar secara pembandingan menggunakan
bahan maujud.
Di
samping itu, bahan-bahan tersebut mesti dalam bentuk berpetak dan mudah
digunakan. Murid-murid mesti boleh menyusun petak-petak tersebut untuk memahami
konsep sukatan panjang.
Perbandingan
antara unit piawai yang hendak diajar juga memerlukan guru untuk membuat alat
bantu mengajar yang lebih sesuai digunakan. Dengan itu, guru boleh membantu
murid memahami konsep ukuran.