KRB 3023
TUGASAN 3
1.
Huraikan
elemen kegramatisan ayat yang perlu ada dalam penulisan karangan. Penjelasan
perlu menyentuh semua aspek kegramatisan ayat.
1.1 Pengenalan
Kegramatisan ayat bergantung kepada
hasil penulisan yang boleh difahami, berkesan kepada pembaca dalam menyatakan
maksud ayat, menggunakan pelbagai ayat dengan panjang dan pendeknya berbeza.
Dengan itu, pembaca akan merasa terhibur sambil memahami maksud penulis.
Bagi menghasilkan penulisan
gramatis, seorang penulis perlu memahami elemen yang penting dalam menghasilkan
penulisan yang menarik dan berkesan. Seterusnya faktor penceritaan yang
berkesinambungan juga memberi kesan yang baik dalam penghasilan penulisan yang
bermutu.
1.2 Struktur Ayat
1.2.1
Strukur
ayat yang biasa digunakan adalah seperti ayat memiliki Subjek, Predikat dan
unsur keterangan. Ayat-ayat berunsur begini jika berulang akan kedengaran
biasa. Oleh itu, jika ayat-ayat itu tadi diubah menjadi ayat pasif atau
disongsangkan kedudukan strukturnya, maka ritma ayat akan berubah tetapi masih
menunjukkan maksud yang sama.
Contoh
;
i.
Dia
pulang ke desa berbekalkan semangat yang teguh lagi utuh.
ii.
Berbekalkan
semangat yang teguh dan utuh, dia kembali ke desa.
1.2.2
Ayat-ayat yang gramatis juga
mengandungi frasa-frasa yang gramatis. Frasa yang gramatis memberi pengukuhan
kepada ayat dengan memberi tumpuan kepada subjek atau predikat dalam ayat.
Contoh ;
i.
Masalahnya, kita mahu memberi
pendapat tetapi tidak rela dikritik. (frasa penumpuan kepada masalah)
ii.
membimbing mereka memenuhi
impian. (frasa penerangan)
1.2.3
Penggunaan kata yang
bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan juga menghasilkan ayat yang
gramatis. Ketepatan itu berbentuk kata yang mudah difahami atau kata yang
tepat. Contoh ;
i.
hidup di luar kemampuan (tidak
mampu atau miskin)
ii.
mencemarkan imej (memalukan)
iii.
pengisian jiwa dan minda
(keimanan)
1.3 Fungsi Ayat
Dua
ciri yang yang membentuk fungsi ayat ialah bentuk dan makna. Bentuk ayat yang
ditunjukkan akan memberi makna yang sepatutnya atau berbeza. Contohnya ;
i.
Awak
ingat saya siapa?
a. Ayat bentuk soalan yang memberi persoalan
tentang kedudukan penyoal.
b. Ayat bentuk soalan yang bertanya tentang
ingatan orang yang ditanya.
ii.
Menjadi tanggungjawab kita
untuk membongkar kepincangan sistem yang diamalkan selama ini.
a. Ayat aktif yang memberi makna keterangan tentang tugas bukan sifat
orang.
1.4 Frasa Gramatis
Frasa gramatis memberi fungsi
yang berlainan dalam ayat. Menggunakan frasa gramatis menujukkan ketinggian
bahasa si penulis. Tetapi perlu diingatkan bahawa kadang-kadang frasa gramatis
ini tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat-ayat tertentu. Antara contoh frasa
gramatis ialah;
i.
masyarakat yang naif dengan
mata kebendaan yang melalaikan
ii.
melontarkan soalan yang cukup
penting
iii.
mendepani realiti baru dunia
yang pantas berubah dan berkembang
iv.
mengambil langkah sederap
v.
wadah berkesan untuk mendidik
2.
Jelaskan
kekuatan dan kelemahan penilaian karangan bentuk global dan bentuk perincian.
2.1
Pengenalan
Tujuan penilaian adalah untuk
membantu guru mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam
pembelajaran. Sementara itu, penilaian juga untuk menentukan keberkesanan
aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru boleh merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid. Selepas membuat penilaian guru dapat merancang
dan melaksanakan tindakan susul yang berkesan.
2.2 Penilaian Bentuk Global(Holistik)
Penilaimenilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara
keseluruhan. Menurut Heaton(1979),sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa
menilai 1 karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan.
Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata,10 mata dan sebagainya.
Skema pemarkahan menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik (1982).
2.2.1
Kekuatan
2.2.1.1
Menggunakan pengalaman penilai secara telus.
2.2.1.2
Penilai yang ramai memberi banyak ciri tanggapan.
2.2.1.3
Lebih mudah kerana mengikut skala yang telah ditentukan.
2.2.1.4
Skema pemarkah disediakan untuk menentukan mengikut
kualiti.
2.2.1.5
Tiada sistem pilihan kerana penilai memastikan penilian
mengikut standard.
2.2.2
Kelemahan
2.2.2.1
Penilaian bergantung kepada pengalaman. Sekiranya penilai
tidak berpengalaman luas, maka kualiti penilaian adalah kurang juga.
2.2.2.2
Tanggapan yang dibuat oleh penilai tidak semestinya tepat
seperti yang dinyatakan oleh penulis. Maka penulis akan menjadi mangsa kerana
penilai bertanggapan lain.
2.2.2.3
Sistem skala yang digunakan tidak menunjukkan tahap yang
sebenar kerana tiada kewajaran terhadap seni penulisan.
2.2.2.4
Skema pemarkahan yang disediakan akan menyekat kreativiti
dalam penulisan.
2.3 Penilaian Bentuk Perincian(Analitikal)
Cara pemarkahan yang menganalisa
atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting
dalam menghasilkan karangan yang baik. Setiap satu aspek subkemahiran itu
dinilai secara berasingan. Heaton(1979) ,berpendapat bahawa 5 aspek yang penting
yang perlu diteliti secara berasingan adalah seperti tatabahasa,perbendaharaan
kata,kaitan isi dengan tajuk,kelancaran dan aspek mekanis. Menurut Abdul Aziz
Abdul Talib(1993) , subkemahiran adalah seperti Kemahiran struktur dan gaya,
Kemahiran memilih isi, Kemahiran perbendaharaan kata, Kemahiran menyusun dan
Kemahiran mekanis.
2.3.1
Kekuatan
2.3.1.1
Karangan dapat dilihat mengikut aspek tertentu dan dapat
diketahui kekuatan dan kelemahan sesuatu karangan.
2.3.1.2
Setiap kemahiran dinilai secara berlainan dan pemarkahan tidak
memihak kepada satu bahagian sahaja.
2.3.1.3
Penulis tahu kelemahan secara terperinci dan mudah untuk
memperbaikinya.
2.3.1.4
Menjana peningkatan kemahiran penulis.
2.3.2
Kelemahan
2.3.2.1
Penelitian secara terperinci diperlukan untuk mengenali
setiap struktur penilaian.
2.3.2.2
Banyak skema pemarkahan diperlukan untuk menilai satu
karangan.
2.3.2.3
Pembetulan atau penilaian akan mengambil masa yang lama.
2.3.2.4
Skema pemarkahan akan diwakili oleh simbol untuk
memudahkan penilaian tetapi sukar untuk diingati.
3.
Huraikan
masalah penulisan yang sering dihadapi murid-murid serta langkah-langkah
mengatasi.
3.1
Pengenalan
Masalah penulisan sering kali
menjadi masalah utama di sekolah. Kemahiran ini tidak seperti kemahiran lisan.
Oleh itu, kemahiran menulis banyak kemahiran lain yang berkaitan untuk
mencakupinya. Masalah pelbagai menjadikan kemahiran menulis ini sukar diatasi
seterusnya mendatangkan masalah kepada guru untuk mengajar kemahiran
seterusnya.
3.2
Masalah-masalah
Penulisan
3.2.1
Menulis ayat yang tergantung iaitu penulisan ayatnya pada bahagian
predikat tidak lengkap dan meluas.
3.2.2
Pelajar tidak berminat
untuk mengikuti kemahiran menulis ayat.
3.2.3
Murid sukar menulis ayat dengan
memindahkan maklumat yang betul daripada gambar atau grafik.
3.2.4
Kesukaran melengkapkan struktur ayat.
3.2.5
Sukar untuk membuat ayat gramatis secara pembentukan ayat yang pelbagai.
3.3
Langkah-langkah
Mengatasi
3.3.1
Penggunaan kaedah Kecerdasan Pelbagai mungkin memberi
kebebasan cara murid itu mencari idea atau menggunakan kaedah Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dapat mereka berfikir dengan lebih
terperinci lagi dan akan menghasilkan penulisan yang kreatif.
3.3.2
Pendekatan
Pengajaran Penulisan Raimes
3.3.2.1
Pendekatan Terkawal : para
pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Sesuai
diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah.
3.3.2.2
Pendekatan Bebas : sesuai
digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai kemahiran
bahasa dengan baik.
3.3.3
Kaedah
Bergambar dan Carta
Gambar bersiri akan digunakan
sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar
itu akan dijadikan bahan penulisan.
3.3.4
Kaedah
Pengucapan Terkawal
Pincas berpendapat bahawa
penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan kreativiti. Maka
seharusnya ia berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran saintifik yang
rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan. Jika jawapan
diberikan bersalahan dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan tidak
diberi markah. Beliau berpendapat bahawa penekanan harus diberikan
secara berperingkat-peringkat bermula daripada penggantian perkataan di dalam
ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat –ayat di dalam
perenggan. Kaedah ini boleh juga dianggap kaedah terus di dalam
pembelajaran bahasa di mana guru akan memberitahu apa yang perlu dilakukan
sebelum murid dibebaskan untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka
sendiri secara bebas.
Beliau menggariskan ciri-ciri
berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam pengajaran penulisan iaitu
penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di dalam latihan penulisan
dan lisan. Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan hanya
apabila dipastikan bahawa mereka menghargai dan memahami pelbagai tahap ciri
penulisan. Program penulisan karangan yang melibatkan penggantian
pelbagai. Pincas juga mengandaikan bahawa penggunaan bahasa adalah
manipulasi daripada corak tetap yang dipelajari daripada prosses
imitasi. Apabila ia telah difahami dan dipelajari secara konsisten,
barulah terhasil keaslian dalam variasi.
3.3.5
Kaedah Pengucapan Bebas
Eramus (1960) menggariskan
beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti murid-murid digalakkan menulis
secara cepat dengan sedikit ulangkaji. Kaedah ini menekankan latihan yang
banyak sepanjang penulisan pelajar dan keutamaan terhadap kuantiti ini
menjadikan hasil penulisan pelajar lebih sempurna kerana murid-murid sentiasa
membuat latihan. Beliau lebih menitikberatkan aspek kuantiti
dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses penambahbaikan dari masa ke semasa
untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang.
3.3.6
Teknik Pengajaran Penulisan
3.3.6.1
Teknik pengajaran berpandu merupakan
teknik yang paling popular dan digunakan dengan pengawasan guru
sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi dan soal jawab
ini adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan murid-murid
menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti kesalahan
yang dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung. Guru akan
memberikan tajuk dan dan kemahiran terpenting di dalam mengarang iaitu
mengenalpasti bidang isi, organisasi dan ekspresi.
3.3.6.2
Teknik Sumbangsaranmelibatkan
murid-murid sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil dan membenarkan murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan pantauan
guru. Teknik yang berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan murid-murid
bebas melahirkan pendapat masing-masing secara kritis dan analitikal
berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.
3.4
Kesimpulan
Semua guru sepatutnya mengenal
pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik yang
sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta
pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan
yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam bidang akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.
RUJUKAN
Juriah Long, Raminah Hj.
Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin.
(1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran.
(1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zainol Ismail. (2003). Fokus
Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Talib. (ed) (1989).
Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Nurin Enterprise.
Abdul Hamid Ahmad. (1998).
Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.