KRB3033k
PENGENALAN
Dalam penggunaan bahasa
untuk menyampaikan mesej kepada orang lain, ayat merupakan asa utama. Kita menyampaikan perasaan dan buah fikiran
kita melalui binaan bahasa yang terdiri daripada ayat-ayat. Oleh itu, ayat-ayat yang digunakan hendaklah
betul binaanya. Ayat ialah unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam skala sususan tatabahasa. Ayat terdiri daripada
klausa yang disertai intonasi pengucapan yang sempurna. Setiap ayat mengandungi
makna yang lengkap. Dalam bahasa melayu secara
umumnya terdapat dua bentuk ayat yang utama, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.(Nik
Safiah Karim 2008)
TAKRIF AYAT
Menurut Nik Safiah Karim
(1995) “Ayat ialah unit tatabahasa paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna’. Dalam buku bertajuk Bahasa Malaysia saintifik 1987. .Asmah
Hj Omar menyatakan “Ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat
nahu. Dalam perkataan lain, dalam
tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai
unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan
intonasi ayat yang lengkap, iaitu dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan
kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai’
I.
BENTUK AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah
ayat yang mengandungi satu klausa yang terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat. Susunan ayat tunggal boleh diterbalikkan. Ayat tunggal
dikenali juga sebagai ayat selapis. Menurut Sharifah
Nor Syed Abdul Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007) ayat tunggal meangandungi
satu klausa sahaja yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Binaan
ayat tunggal serupa dengan ayat dasar.
Semua ayat dasar aialah ayat tunggal tetapi tidak semua ayat tunggal
ialah ayat dasar. Ayat dasar mesti mematuhi
pola ayat dasar dan tidak mengalami proses transformasi.
Jika diperhatikan, binaan ayat dasar
mempunyai konstituen subjek mendahului konstituen predikat, dan semua ayat
dasar terdiri daripada ayat penyata, yakni ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat penyataan. Tetapi, tidak semua ayat tunggal terdiri daripada susunan
subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, yakni unsur
predikat, sama ada sebahagian atau seluruh, mendahului subjek. Misalnya:
1. Puan Asmah berceramah di
dewan kuliah. (ayat dasar/ayat tunggal; jenis: ayat penyata; ragam: ayat aktif)
2. Berceramah di dewan kuliah Puan Asmah. (ayat
tunggal, yakni ayat songsang predikat mendahului subjek)
3. Ayah ke Kangar malam tadi.
(ayat dasar/ayat tunggal; jenis: ayat penyata; ragam: ayat aktif)
4. Ke Kangar ayah malam tadi.
(ayat tunggal, yakni ayat songsang sebahagian predikat mendahului subjek).
Bentuk susunan ayat contoh
1 dan 3 merupakan bentuk ayat penyata,
tetapi ayat 2, dan 4 ialah bentuk ayat
songsang atau ayat pasif. Jelas bahawa persamaan ayat dasar dengan ayat tunggal
kedua-duanya mengandungi satu kostituen subjek dan satu konstituen predikat.
Kedua-duanya terdiri daripada ayat penyata dan ayat aktif. Jika ayat tunggal
mengalami perubahan kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak
lagi menjadi ayat dasar, melainkan ayat tunggal sahaja namanya. Demikian
huraian tentang ayat dasar dan ayat
tunggal bahasa Melayu. Masing-masing ayat serupa dan berbeza
Ayat tunggal ialah ayat
yang terdiri daripada satu klausa atau satu bahagian subjek dan satu bahagian
predikat. Namun demikian, ayat ini berbeza dengan ayat dasar kerana ayat
tunggal terdiri semua jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan
atau ayat perintah. Selain itu, ayat tunggal boleh disertai oleh unsur
keterangan.
Ayat dasar terdiri dari ayat penyata sahaja.
Jika ayat penyata berubah binaanya. Maka ayat itu bukan ayat dasar lagi tetapi
sudah menjadi ayat tunggal
Lihat contoh ayat tunggal yang di bawah ini:
1. Dia membaca buku pagi tadi. (Keterangan: Pagi tadi)
2. Lelaki itu siapa? (Ayat Tanya)
3. Saya akan bertemu dengan beliau esok. (Keterangan: esok)
4. Pada petang semalam, ayah ke Ipoh. (Keterangan:
Pada petang semalam)
Konstituen subjek dalam
ayat tunggal ialah frasa nama, manakala konsituen predikat terdiri daripada unsur subjek dan unsur predikat. Perkara yang diceritakan adalah subjek. Unsur yang boleh menjadi subjek iaitu frasa
nama. Cerita mengenai sesuatu perkara
dalam ayat itu ialah predikatnya.
Predikat terdiri daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Oleh sebab hanya satu jenis frasa subjek, dan ada empat jenis fras
predikat, maka terdapatlah empat pola binaan ayat dasar. (ayat tunggal) ini
dipanggil pola ayat. Menurut tatabahsa
dewan (2005) bahasa melayu mempunyai empat pola. Pola-pola ayat dasar bahasa melayu adalah
seperti berikut:
pola 1: subjek frasa nama +
Predikat frasa nama
pola 2: Subjek frasa nama +
Predikat frasa kerja
pola 3: Subjek frasa nama +
Predikat frasa adjektif
pola 4: Subjek frasa nama +
Predikat frasa sendi
Contoh:
Subjek
(frasa nama)
|
Predikat
|
Saya
|
Pelajar
sekolah itu (frasa nama)
|
Pelajar
itu
|
Sedang
membaca (frasa kerja)
|
Nadia
|
Sangat
cantik (frasa adjektif)
|
Cincin
itu
|
Untuk
Syafikah (frasa sendi nama)
|
i.
SUBJEK
DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)
Frasa
nama sebagai subjek.
i.
Tan
Kong Joo pelajar sekolah.
ii.
Motosikalnya
telah rosak.
(b)
Kata
ganti nama diri sebagai subjek.
i.
Dia
anak bongsu.
ii.
Beliau
guru saya.
(c)
Kata
kerja sebagai subjek.
i.
Membaca
buku ialah hobinya.
ii.
Bersenam
dapat menyihatkan badan.
(d)
Kata
adjektif sebagai subjek.
i.
Cergas
bermakna badan sihat.
ii.
Hijau
warna kesukaannya.
ii.
PREDIKAT
DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai predikat
i.
Encik
Zulkifli pegawai polis.
ii.
Kakaknya
doktor mata.
(b) Frasa kerja sebagai
predikat
i.
Dia
makan mi goreng.
ii.
Anjing
itu menyalak musuh.
(c) Frasa adjektif sebagai
predikat
i.
Keropok
ini sangat rangup.
ii.
Rumah
itu sangat besar.
(d) Frasa sendi nama sebagai
predikat.
i.
Buku
ini untuk adik.
ii.
Ayah
ke Kuala Lumpur.
(rujuk
kepada Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga)
II.
BENTUK AYAT MAJMUK
Ayat
majmuk pula ialah ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu ayat tunggal.
Ayat tersebut dicantumkan berdasarkan peraturan tertentu sehingga menjadikan ia
satu ayat baru.
Oleh itu ayat ini mengandungi lebih daripada satu subjek dan predikat. Ayat
majmuk terbahagi kepada tiga, aitu ayat majmuk gabunga, ayat pancanga, dan ayat
majmuk campuran
1.
Majmuk
Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina
daripada beberapa ayat tunggal dan digabungkan dengan menggunakan kata hubung. Ayat ini terbahagi kepada dua iaitu
i.
Gabungan
yang susunannya memberi maksud berurutan dengan menggunakan kata hubung seperti
dan, lagi, serta, lalu sambil dan malahan
contoh
a.
Dia menyanyi.
Dia menari.
Dia menanyi sambil menari
b.
Ibu ke kedai membeli
ikan.
Ibu ke kedai membeli sayur
Ibu ke kedai membeli ikan dan sayur
ii.
Gabungan
yang susunannya memberi maksud bertentangan.
Kata hubungan yang digunakan seperti tetapi,
atau, sebaliknya, padahal, dan
melainkan
Contoh
a. Mukhsin
pandai.
Dia
malas belajar
Mukhsin
pandai tetapi dia malas belajar
b. Beg
yang dibelinya itu mahal.
Ada
beg yang lebih murah
Beg
yang dibelinya itu mahal padahal ada
yang lebih murah
2.
Majmuk
Pancangan
Ayat majmuk pancagan ialah gabunggan ayat-ayat
tunggal yang tidak setara untuk membentuk satu ayat baru. Terdapat satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk tersebut. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan
iaitu:
i.
Ayat
majmuk pancang relative
Ayat majmuk pancangan
relative ialah ayat yang menggunakan penanda relative yang
Contoh
1.
Fatimah sedang makan ayam
goring.
Ayam goreng itu ayang beli
Fatimah sedang makan ayam goreng yang ayah beli itu
2.
Budak itu memakai baju
merah
Budak itu adik Aliah
Budak yang memakai baju merah itu adik Aliah
ii.
Ayat
majmuk pancangan komplemen
Ayat majmuk pancangan
komplemen ialah ayat yang dihubungkan dengan menggunakan kata komplemen bahawa
dan untuk
Contoh
a.
Kerajaan mengumumkan bahawa semua mangsa banjir akan diberi
bantuan kewangan selewat-lewtanya minggu hadapan.
b.
Untuk
memastikan pelajar berjaya dengan cemerlang bukanlah mudah
c.
Guru displin itu menegaskan
bahawa pelajar yang terlibat dengan
pergaduhan akan dikenakan tindakan.
iii.
Ayat
majmuk pancangan keterangan
Ayat majmuk pancangan
keterangan terdiri daripad satu ayat induk dan stu atau lebih ayat kecil yang
berfungsi sebagai keterangan kepada prdikat ayat induk
Ayat majmuk jenis ini
terbahagi kepada Sembilan jenis
Keterangan
|
Contoh
|
Cara: dengan
|
Ayah ke Pulau
Langkawi dengan menaiki feri
|
Waktu: sejak, semenjak, sementara, semasa,
tatkala, ketika
|
Semenjak
ibu bapanya berpisah, dia tinggal dengan neneknya
|
Musabab: kerana, oleh sebab, lantaran
|
Azizul
tidak hadir ke sekolah kerana
tidak sihat
|
Harapan: supaya, agar, moga-moga, semoga
|
Pihak sekolah memainkan
peranan penting dalam mendidik pelajar agar
berbudi bahasa
|
Tujuan: untuk, demi, bagi
|
Kita mesti
bersatu padu demi keamanan Negara
|
Perbandingan: seperti, umpama, bak, ibarat, bagaikan,
seolah-olah, macam
|
Dia suka bersendirian seperti kata dibawah tempurung
|
Syart: sekiranya, jikalau, kalau, andai kata,
harus
|
Sekiranya
kamu ingin berjaya, kamu perlu berusaha dengan lebih gigih.
|
Akibat: hingga, sehingga
|
Aina mengangis
kegembiraan sehingga bengkak
matanya.
|
Pertentangan: meskipun, biarpun, walaupun, kendatipun,
sedangkan, namun, sungguhpun
|
Walaupun
dia kepenatan dia meneruskan jua kerja itu
|
iv.
Majmuk
campuran
Ayat majmuk campuran
mengadungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu campuran ayat tunggal dengan
ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk
Contoh
a. Perdana
Menteri menyatakan bahawa kerajaan
akan member perhatian dalam bidang pelancongan kerana sector tersebut amat penting untuk meningkatkan pendapatan negara
b. Aktiviti
menggubal soalan peperiksaan STPM bukanlah suatu perkara yang mudah kerana banyak pertimbangan yang perlu
diberikan perhatian demi mewujudkan
solah-soalan yang ada kesalahan dan keboleh percayaan yang tinggi
TUGASAN 2 b
Cerpen ’Ibu dan
Ceper’ tulisan Shahnon Ahmad dalam antologi teks komonen sastra dalam mata
pelajaran bahasa Malaysia tingkatan 4.
1.
AYAT TUNGGAL
i.
Ayat tunggal jenis ayat penyata
Aku masih ingat betul.
ii.
Ayat tunggal jenis adjektif .
Arusnya tidak segalak dulu lagi.
iii.
Frasa nama sebagai predikat
Baruh habis kering.
iv. Pola 1: subjek frasa nama +
Predikat frasa nama
Ibu sudah tidak ada.
v.
Pola 2: Subjek frasa nama + Predikat
frasa kerja
Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk
vi. Pola 3: Subjek frasa nama +
Predikat frasa adjektif
Arusnya tidak segalak dulu lagi
vii. Pola 4: Subjek frasa nama +
Predikat frasa sendi
Malam itu bapa jatuh
tersungkur di kepala tangga.
2.
AYAT MAJMUK
I.
Majmuk
gabungan
i.
Gabungan yang susunannya memberi
maksud berurutan
Hujan turun di hulu tidak
henti-henti dan airnya keruh macam air susu
ii.
Gabungan yang susunannya memberi
maksud bertentangan
Kalau musim berderu di
rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya
II. Majmuk
Pancangan
i.
Ayat majmuk pancang relative
Bapa yang gila berdenak
ketitir itu pun sudah lama tidak ada.
ii.
Ayat majmuk pancangan komplemen
Lembu kerbau asyik diheret
ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga
III. Ayat majmuk pancangan
keterangan
i.
Cara:
Dengan air telaga itulah
ibu mandi, ibu angkut naik ke rumah masuk ke dalam tempayan.
ii. Waktu:
Semenjak itu bapa tidak
berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut sangkar-sangkar
ketitir.
iii. Musabab
Sungai menjadi busuk kerana
najis tidak boleh mengalir.
iv. Harapan
Tidak
tdapat ayat majmuk pancangan keterangan harapan untuk cerpen Ibu dan Ceper
v. Tujuan
Lembu kerbau asyik diheret
ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga
vi. Perbandingan:
Ia memancutkan airnya
begitu deras bagaikan anak panah
vii. Syarat:
Kalau bapa juga lumpuh,
entahlah
viii. Akibat:
Himbauan air Ceper kuat
sangat sehingga bapa sendiri beberapa klai terkial-kial jatuh
ix. Pertentangan
Namun Sungai
Ceper tidak lagi kembali rancak
III. Majmuk
campuran
Habis sampah dipunggah
bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya,
memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.
BIBLIOGRAFI
Asmah
Hj Omar (1987). Bahasa Malaysia saintifik,
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan
edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah
Karim et. Al (1995) Tatabahasa Dewan Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Nik Safiah
Karim (2008) Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Shahnon Ahmad (2007) ’Ibu dan Ceper’
Antologi Teks Komonen Sastra Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4
Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka
Sharifah Nor
Syed Abdul Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007) Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Teks & Rujukan Lengkap STPM,
Selangor, KHL Printing co. sdn. Bhd