BML 3063

TUGASAN 3
(a)          Berikan penjelasan tentang ayat-ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sila sertakan contoh-contoh ayat bagi setiap jenis ayat pasif yang anda nyatakan.

A.           Kata kerja pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-…, teR- … beR-…, ke-…-an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. Contoh ayat adalah seperti berikut;

1.    Kucing jantan Iezzati terkejaroleh adik saya sebentar tadi.
Kucing jantan Iezzati
terkejar
oleh adik saya
sebentar tadi
subjek
kata kerja pasif ”teR-”
oleh + frasa nama
keterangan

2.    Baju sekolah Iezrabelumbergosok lagi oleh ibunya sejak petang semalam.
Baju sekolah Iezra
berbasuh
oleh ibunya
sejak petang semalam
subjek
Kata kerja pasif “beR-“
Oleh + frasa nama
keterangan

3.    Anak kucing jiran sayakelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong.
Anak kucing jiran saya
kelaparan
jiran saya sudah tiga hari pergi melancong
subjek
Kata kerja pasif ”ke...an”
keterangan

B.           Kata Ganti Diri Orang Pertama dan Kedua
Bentuk ayat pasif ini meletakkan kata ganti diri dihadapan kata kerja dasar kerana kata ganti diri yang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan berimbuhan pasif di-. Kata ganti nama pertama dan kedua boleh berbentuk penuh atau ringkasseperti ”ku” dan ”kau”  jika hadir di hadapan kata kerja dasar.Contoh ayat adalah seperti berikut.
4.    Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam.
Kami
kehujanan
semasa menjalani latihan bola sepak semalam
Subjek
Kata kerja pasif
Keterangan

5.    Perkara itu sudah saya rundingkan minggu lepas.
Perkara itu
sudah saya rundingkan
minggu lepas
Subjek
Frasa kerja pasif dengan ganti nama diri pertama/kedua
ketearangan

6.    i.          Tuntutan itu akan aku tunaikan sepenuhnya.
ii.          Tuntutan itu akan kutunaikan sepenuhnya.
Tuntutan itu
akan aku tunaikan
sepenuhnya
Tuntutan itu
akan kutunaikan
sepenuhnya
Subjek
Frasa kerja pasif dengan ganti nama diri pertama/kedua
ketearangan

C.           Ayat Pasif Songsang
Ayat pasif songsang adalah berasal daripada ayat pasif susunan biasa. Ayat pasif songsang berfungsi untuk mempelbagaikan rima ayat. Kekeliruan berlaku apabila ayat pasif songsang dianggap sebagai ayat aktif. Kekeliruan ini boleh dibezakan melalui intonasi ayat pasif. Contoh ayat adalah seperti berikut;

7.    i.          Ayat pasif biasa          : Bola itu saya sepak.
ii.          Ayat pasif songsang   : Saya sepak bola itu.




D.           Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Perkataan kena diletakkan di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contoh ayat adalah seperti berikut.


Subjek
kena
Kata Kerja Dasar
Oleh + Frasa Nama
(boleh digugurkan)
8.             
Perompak itu
kena
tangkap
oleh polis.
9.             
Kawan saya
kena
tipu
oleh pengemis itu.
10.           
Kapten Hisyam
kena
tembak
oleh penceroboh.

E.            Intonasi Ayat Pasif
Intonasi ayat pasif sama seperti ayat aktif tetapi intonasi akan berbeza jika ayat pasif adalah songsang bagi orang pertama dan kedua. Intonasi bacaan bagi dua ayat di bawah adalah sama dari segi tingkat nada.

11.  i.          Ayat aktif         : Saya belum membaca majalah itu.
ii.          Ayat pasif        : Majalah itu belum dibaca oleh saya.

12.  i.          Ayat tanya aktif           : Dia mencari buku saya ?
ii.          Ayat tanya pasif          : Buku saya dicari dia ?

13.  i.          Ayat aktif biasa           : Dia menonton filem itu.
ii.          Ayat pasif biasa          : Filem itu ditonton oleh dia.
iii.         Ayat pasif songsang   : Dia tonton filem itu.

F.            Kesimpulan
Ayat Pasif boleh dikatakan sebagai ayat yang mempelbagaikan bentuk ayat, susunan dan rima ayat. Bagi seorang penulis ini boleh menampilkan kedewasaan dalam penulisan dan hasilnya tidak akan membosankan pembaca yang sangat mementingkan hiburan melalui pembacaan selain dari isi yang hendak disampaikan. Seterusnya penguasaan akan memertabakan lagi bahasa Melayu.

(b)          Huraikan konsep ayat majmuk pancangan.Berdasarkan contoh ayat yang anda bina, jelaskan binaan klausa bebas dan klausa tak bebas dalam ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.

A.           PENGENALAN
Ayat Majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.  Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.

Ayat Tunggal berbeza daripada Ayat Majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.  Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek atau predikat dan sering diiringi keterangan.

Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan  cara pembentukannya.

B.           KONSEP AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat Majmuk Pancangan pula terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Seperti yang diketahui melalui ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan juga mempunyai konsep yang sama dari mana  ayat-ayat di dalamnya gabungan ayat yang boleh berdiri sendiri.

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
C.           AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan “yang” seperti contoh di bawah.

            Klausa bebas                          : Kanak-kanak itu cedera.
Klausa tak bebas                    : Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman.
1.    Ayat Majmuk Pancangan       : Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

Klausa bebas                          : Saya membeli seluar.
Klausa tak bebas                    : Seluar itu berwarna biru.
2.    Ayat Majmuk Pancangan       : Saya membeli seluar yang berwarna biru.

            Ayat (1) dan (2) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikanayat             kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan “seluar itu” dengan menggunakan kata hubung yang.


D.           AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
            Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil           yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat         dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

3.    i.          Mancis api telah menyebabkan kebakaran.
ii.          Kebakaran itu berlaku.
iii.         Pancangan      : Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu                                               berlaku.

E.            AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.



4.    Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

F.            KESIMPULAN
Ayat Majmuk Pancangan pada asasnya adalah untuk mencantumkan beberapa ayat kecil dengan ayat induk dengan menyatakan pancangan relatif, komplemen dan keterangan. Pembentukan ayat pancangan akan mengindahkan lagi penulisan dan menjelaskan lagi penerangan secara ringkas.


           
















(c)          Berdasarkan contoh ayat majmuk dalam (b), binakan rajah pohon bagi ayat-ayat tersebut.

A.           RAJAH POHON
Contoh ayat majmuk :
i.              Ayat induk                   : Dia memberitahu sesuatu.
ii.             Ayat komplemen        : Pelajar itu sakit
iii.            Ayat pancangan          : Dia memberitahu bahawa pelajar itu sakit.
Ayat i
           
            S                                              P

                         FN                                                 FK

                                                Kata Kerja                                     Ayat ii

                                                                                                      (Objek)

                       Dia                memberitahu       bahawa                                   murid itu sakit




Abdullah Hassan, 2003, Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang Darul        Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang, 1993, Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur, Penerbit         Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, 1996, Tatabahasa Dewan: Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar, 1968, Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Satu             Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood, 1983. Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Jurnal Persatuan        Linguistik Malaysia. 1:1.