KAE3013i

Pilih satu hasil murid (Tahun 4,5,6) yang kreatif (mata pelajaran yang sesuai contoh: Seni         visual, penulisan). Temu bual dengan murid tersebut tentang cara mana dia menghasilkan     bahan kreatif tersebut.
Huraikan pendapat dan pandangan anda secara reflektif terhadap pemikiran kreatif     tersebut.


1.0          PENDAHULUAN
Bagi melaksanakan kerja kursus ini, seorang murid yang mempunyai profil kreatif dalam Pendidikan Seni Visual telah dipilih untuk ditemu bual tentang penghasilan kreatif beliau. Sebagai seorang guru mata pelajaran tersebut, saya telah mengajar murid-murid saya mengikut sukatan mata pelajaran tersebut. Namun begitu, saya sentiasa menggalakkan murid-murid untuk membuat satu projek kreatif selepas mata pelajaran itu diajar. Rata-rata murid sangat teruja untuk menjalankan projek kreatif mereka mengikut idea dan kemampuan mereka.

Saya telah meminta satu ruang dalam  Pusat Sumber Sekolah untuk mempamerkan hasil murid yang dijodolkan sebagai Sudut Kreativiti Murid. Murid-murid yang mempunyai hasil yang paling kreatif akan dipamerkan di sudut tersebut dan diumumkan semasa perhimpunan tentang penghasilan beliau. Hadiah kecil akan disampaikan oleh Guru Besar bagi menghargai hasil usaha murid tersebut. Ini adalah rentetan daripada Program Guru Penyayang yang dijalankan di sekolah sekarang ini.

Keberkesanan program ini amat ketara, dari mana murid sentiasa berlumba untuk menghasilkan karya kreatif masing-masing. Di samping itu, jelas sekali daya saing murid-murid terserlah dan kebanyakannya menyerlahkan cara pemikiran yang positif, kreatif dan inovatif juga berfikir luar dari kotak.

Program penghasilan kreatif yang dijalankan dua minggu sekali ini, setakat ini telah menerima sambutan baik dari semua guru. Bukan setakat itu sahaja, guru-guru lain juga telah melaksanakan program yang sama mengikut mata pelajaran masing-masing.

2.0          PORTFOLIO MURID

2.1          Nama Penuh               : Jefry Keluit Anak Juti
2.2          Jantina                         : Lelaki
2.3          Keturunan                    : Iban
2.4          Agama                         : Kristian
2.5          Tarikh Lahir                 : 4 Julai 2001
2.6          Nombor KP                 : 010704-13-1041
2.7          No. Sijil Lahir               : SK044254
2.8          Kelas                           : Tahun 6
2.9          Anugerah                     :
i.              Murid Harapan 2013
ii.             Seni Kreatif 2012
iii.            Olahragawan Harapan 2012
iv.           Akademik Terbaik 2012
v.            Kewarganegara Terbaik 2012
vi.           Tokoh Murid 2012
2.10       Sejarah Murid
Murid ini dilahirkan dalam keluarga tanpa pendidikan dan miskin. Kedua ibu bapanya terpaksa berkerja sebagai petani dan nelayan sungai untuk menampung belanja harian dan persekolahan. Dua abang murid ini telah lulus UPSR, namun tidak mampu untuk meneruskan pelajaran kerana kemiskinan. Murid ini merupakan murid harapan untuk mencapai 5A dalam UPSR bagi tahun 2013 ini. Murid ini seorang yang rajin, patuh dan mempunyai sahsiah yang baik. Oleh kerana itu, murid ini telah dipilih sebagai Ketua Pengawas di sekolah. Dalam penghasilan seni kreatif ini, murid ini pernah menghasilkan seni kreatif dan menerima anugerah “Seni Kreatif” peringkat sekolah. Murid ini sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan mahu pun pihak swasta. Murid ini merupakan murid contoh bagi mana-mana mata pelajaran kerana cara dia memikirkan penyelesaian sesuatu masalah lebih baik dari rakan-rakannya. Murid ini juga dilantik sebagai mentor di kalangan murid-murid.

3.0          PILIHAN TAJUK SENI KREATIF
3.1       Mata pelajaran        : Pendidikan Seni Visual
3.2       Tahun                      : Tahun 6
3.3       Bidang                     : Mengenal Kraf Tradisional
3.4       Tajuk                       : Anyaman Kelarai
3.5       Aktiviti                     : Anyaman
3.6       Alat                          : Gunting, pisau dan pembaris
3.7       Bahan                     : Kertas lukisan, kertas warna, gam dan pensel

4.0          TEMU BUAL
Guru    : Cikgu ingin menemubual tentang penghasilan kreatif anda.
Guru    : Sila nyatakan nama penuh anda ?
Murid   : Nama saya, Jefry Keluit Anak Juti.
Guru    : Nama kelas anda sekarang ?
Murid   : Saya sekarang di kelas Tahun 6.
Guru    : Apakah penghasilan kreatif anda pada kali ini?
Murid   : Kali ini, saya menghasilkan anyaman kelarai yang telah diajar oleh cikgu                           minggu lepas.
Guru    : Apakah bezanya anyaman kelarai yang anda buat ini berbanding apa yang                       telah cikgu ajar ?
Murid   : Cikgu telah mengajar saya tentang anyaman kelarai dengan membentuk                          corak. Saya pula ingin membuat sesuatu yang berbentuk lukisan. Saya telah                      gabungkan keduanya iaitu anyaman dan lukisan sebagai satu hiasan.
Guru    : Kenapa memilih lukisan dalam anyaman ?
Murid   : Anyaman bisanya membuat corak. Anyaman begitu sudah biasa saya lihat di                   rumah dalam bentuk tikar. Saya hendak membuat hiasan dinding dengan                           anyaman pula.
Guru    : Kenapa hiasan dinding jadi pilihan ?
Murid   : Saya suka dengan lukisan. Saya suka dengan lukisan berbagai-bagai stail.
Guru    : Bagaimana anda membuat anyaman ini?
Murid   : Mula-mula saya fikir tentang gambar yang saya suka. Saya lukis atas kertas                     lukisan. Seperti biasa, saya memilih kertas warna yang sama warna dengan                         lukisan yang saya buat. Saya potong tapak kelarai dan saya potong kertas                 warna sama saiz dengan tapak kelarai. Kemudian saya anyam ikut lukisan                  yang saya buat.
Guru    : Berapa lama masa yang kamu ambil untuk membuat anyaman ini ?
Murid   : Seminggu.
Guru    : Kenapa mengambil masa hingga seminggu ?
Murid   : Memotong dan menganyam kira biasa cikgu. Tapi nak susun jadi cantik itu                       yang susah.
Guru    : Kenapa susah ?
Murid   : Sebab kelarai akan berpetak-petak. Tidak cantik kalau berpetak.
Guru    : Bagaimana perasaaan kamu selepas melihat hasil kamu ini?
Murid   : Puas cikgu. Saya suka dengan apa yang saya buat.
Guru    : Adakah hasil ini adalah kerana anugerah ?
Murid   : Tidak cikgu. Saya tidak kisah pasal anugerah. Saya suka dan saya nak                             tunjukkan saya boleh buat apa yang orang lain tidak buat.
Guru    : Kita akhiri temu bual kita. Terima kasih.
Murid   : Terima kasih, cikgu.

5.0          REFLEKSI
Murid ini mempunyai idea untuk menghasilkan sesuatu yang menjurus kepada minat dan kehendak beliau. Melalui bakat yang dia ada, dia merealisasikan ideanya mengikut pembelajaran yang telah diterimanya. Dia mengetahui dan menguasai teknik penghasilan yang telah dipelajari. Secara kreatifnya dia mencantumkan teknik menggambar dan anyaman sekaligus. Murid ini berjaya memanipulasikan dua idea asal menjadi satu penghasilan seni.

Pada pendapat saya, murid ini memang telah berjaya menghasilkan sesuatu penghasilan kreatif. Dia tidak terikat dengan bentuk lama yang telah dilihat atau dipelajarinya. Nalurinya ingin membuat sesuatu pembaharuan pada setiap teknik seni visual yang dipelajari. Dia berjaya menggunakan konsep yang sama tetapi menghasilkan sesuatu yang baru dan lebih menarik. Dia juga berjaya menghasilkan seni kreatif ini dengan menyusun langkah-langkah penghasilan secara teratur dari mula hingga akhir sempurna.

Kelemahan pada idea ini tidaklah begitu ketara. Teknik penyambungan kelarainya masih nampak tidak begitu sempurna penyambungannya. Kebersihan kerja juga masih nampak yang agak kotor kerana gam yang digunakan. Murid lain mungkin juga boleh menghasilkannya tetapi tidak dapat merealisasikan idea ini.

Kekuatan pada penghasilan idea memang agak menyerlah. Tidak ada murid lain yang cuba untuk membuat seperti yang dihasilkan. Murid ini berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan berjaya menghasilkannya. Dia telah menggambarkan sesuatu yang diminatinya dan menunjukkan penghasilan menggunakan kreativiti yang dia ada.

Namun begitu, penghasilan ini boleh dibuat lebih baik jika penghasilannya ditulis dan dirancang penghasilannya. Penghasilan ini harus dipersembahkan supaya ianya boleh dijadikan contoh pengembangan ilmu. Murid ini mereka hasil kreativitinya berdasarkan minatnya ke satu arah sahaja iaitu menggambar. Jika dia boleh mengembangkannya menggunakan teknik yang sama ke arah membentuk dan membina atau mereka corak maka penghasilan ini adalah lebih kreatif dari sebelumnya.

6.0          KESIMPULAN
Pemikiran murid kreatif mungkin tidak terlalu terserlah pada peringkat umur hingga ke 12 tahun. Ini mungkin disebabkan cara berfikir masih tertakluk kepada sistem pengajaran. Tambahan pula, murid ini contohnya mempunyai latar belakang miskin menjadikan kreativitinya terbatas kerana tidak mampu membeli bahan yang lebih baik untuk menyerlahkan daya kreativiti. Di samping itu, pembelajaran yang terlalu banyak menghadkan murid untuk lebih menyerlah. Selain murid ini mungkin terdapat murid yang lain juga mempunyai idea yang lebih baik. Namun tidak dapat merealisasikannya kerana terdapat terlalu banyak latihan akademik atau koakademik yang perlu dilangsaikan. Maka bergantung kepada guru yang perlu menilai sewajarnya untuk murid-murid seperti ini.

7.0          LAMPIRAN


7.1       SEBELUM


  
7.2       SEMASA

 

7.3       SELEPAS










8.0          BIBLIGRAFI

            Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan (2nd ed). Puchong Selangor :                                                       Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
            Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya(2005).                                                Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong, Pahang. PTS Professional                                        Publishing Sdn.Bhd.
            Rahil Hj Mahyuddin, Abd Majid Mhd Isa & Zaidatol Akmaliah (1995). Asas Pendidikan ll                           (Psikologi Dalam Bilik Darjah). Serdang Raya, Selangor. Penerbit Longman                                  Malaysia Sdn. Bhd.
            Atan Long. (1976) PsikologiPendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan                                Pustaka.
            Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Siri                                          Pendidikan Guru (Murid dan Alam Belajar). Oxford Fajar Sdn Bhd.