KPD3026k
BAHAGIAN B
Proposal Kajian Tindakan
a)
Merujuk kepada satu contoh Kajian Tindakan tempatan, anda
dikehendaki mencatatkan elemen-elemen utama kajian tersebut dalam bentuk Borang
Proposal Kajian.
Kumpulan / Group
|
Mukah
|
Judul Kajian Tindakan / Dissertation Title
|
Mempertingkatkan
penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu menggunakan teknik
drama.
|
Tujuan Kajian Tindakan / Aim of the
Research Plan
|
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran
teras yang perlu dipelajari dan diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Punca masalah;
1. Bukan bahasa ibunda.
2. Mengamalkan
pertuturan bahasa sendiri atau bahasa pasar.
3. Kesukaran menutur
dengan betul.
4. Menggunakan terjemahan
terus dari bahasa ibunda.
Objektif Am
Menggunakan
Bahasa Melayu dengan betul dan berkesan.
Objektif
Khas
1. Bertutur menggunakan
Bahasa Melayu dengan betul mengikut situasi.
2. Menulis teks Bahasa
Melayu mengikut konteks ayat yang betul.
3. Menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan dan komunikasi di sekolah.
|
Signifikasi Kajian Tindakan / Significance
of the Research Plan
|
1. Menjadikan drama
sebagai pembentuk pertuturan yang berkesan.
2. Menggunakan teknik
drama untuk membentuk penulisan teks sama ada dalam bentuk kata bual atau
ayat mudah.
3. Melatih murid untuk
menutur secara Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda kaumnya.
4. Menggalakan murid
menggunakan Bahasa Melayu yang betul.
5. Membiasakan murid
menutur dalam Bahasa Melayu yang betul dan bukan berasaskan terjemahan dari
bahasa ibunda kaumnya.
|
Methodologi / Methodology
|
1. Reka bentuk kajian
i.
Mengenalpasti isu dan masalah.
ii.
Perancangan tindakan.
iii.
Perlaksanaan tindakan.
iv.
Pemerhatian dan menganalisis data.
v.
Refleksi dan penilaian.
2. Sasaran Kajian
i.
Murid-murid Tahun 4.
ii.
Murid-murid Tahun 5.
3. Instrumen Kajian
i.
Soalan ujian Pra dan Pos.
ii.
Pemerhatian guru mata pelajaran.
iii.
Latihan bertulis murid.
4. Metod Analisis Data
i.
Markah ujian Pra dan Pos.
ii.
Markah pencapaian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
(PLBS).
iii.
Markah pencapaian Ujian Bulanan.
iv.
Peratusan pencapaian latihan bertulis.
|
Hasil Kajian dan Perbincangan
|
1.
Hasil kajian
i.
15% dapat gred A, 25% dapat gred B, 30% dapat gred C
dan 30% dapat gred D dan E dalam ujian penulisan.
ii.
15% dapat gred A, 30% dapat gred B, 15% dapat gred C
dan 35% dapat gred D dan E dalam PLBS.
iii.
30% dapat gred A, 30% dapat gred B, 20% dapat gred C,
20% dapat gred D dan E dalam ujian Bulanan.
2.
Perbincangan
i.
Kesan peningkatan membantu murid dalam memahirkan diri
menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan.
ii.
Murid dapat berbahasa sambil menyatakan perasaan dan
tindakannya dengan betul.
iii.
Murid dapat menulis ayat lengkap dengan menggunakan
pembendaharaan kata dengan betul.
iv.
Murid juga dapat menulis ayat dengan lebih gramatis.
|
Kesimpulan dan Cadangan
|
Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan
teknik drama member kesan yang positif dalam peningkatan secara lisan atau
bertulis. Dengan itu, adalah amat digalakkan supaya murid diajar dengan
menggunakan teknik drama dengan lebih kerap.
|
b)
Berdasarkan format dan contoh proposal yang dijelaskan
dalam unit 6, sediakan proposal kajian tindakan yang sesuai berdasarkan masalah
pengajaran dan pembelajaran yang anda kenal pasti dalam bilik darjah anda.
1.0
PENGENALAN
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik
Bahasa Melayu ke atas pelajar SK Nanga Sikat iaitu sebuah sekolah
luar bandar di daerah Mukah. Kami telah memilih Tahun 4 dan Tahun 5 yang
seramai 20 orang murid sebagai contoh kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah
pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu. Pemerhatian di lakukan semasa sesi
pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam dua
kelas tersebut tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kami telah merujuk
kepada pencapaian akademik Bahasa Melayu bagi Ujian Bulanan dan Ujian Semester
bagi dua kelas berkenaan. Selain itu, kami telah berbual dengan murid-murid
dari dua kelas berkenaan untuk membuat pemerhatian teknik berbahasa secara
lisan. Berdasarkan rekod pencapaian peperiksaan yang dijalankan, didapati
bahawa pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi dua kelas tersebut amat
tidak memuaskan. Di samping itu, teknik berbahasa mereka masih dipengaruhi oleh
bahasa ibunda. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi murid kami merangka satu
pelan tindakan yang menggunakan Teknik Drama untuk menarik minat murid untuk
menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan iaitu dengan memahirkan sebutan
perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu secara lisan
dan penulisan.
2.0
Penyataan
Masalah
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran tersa yang perlu dipelajari dan
dikuasai oleh semua murid. Mata pelajaran ini juga dikatakan sebagai pembunuh
utama bagi pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan luar bandar.
Terdapat beberapa punca utama dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.
Antara punca utamanya adalah seperti berikut.
2.1
Bahasa Melayu merupakan bukan bahasa ibunda dan ini
menjadi masalah kepada murid-murid memahirkan diri dalam menguasainya.
2.2
Murid-murid masih lagi mengamalkan pertuturan bahasa
sendiri atau bahasa ibunda ataupun bahasa pasar dalam perbualan mereka
seharian.
2.3
Murid-murid juga sukar untuk menutur dengan betul Bahasa
Melayu kerana masih terikat dengan telo bahasa ibunda. Ini menjadikan sebutan
yang salah dan kadang-kadang memberi makna yang lain bagi maksud yang lain.
2.4
Murid-murid juga menggunakan terjemahan terus dari bahasa
ibunda mereka. Cara pengucapan dalam bahasa ibunda akan digunakan untuk
menggambarkan apa yang hendak dinyatakan Bahasa Melayu.
3.0
Tujuan
Kajian Tindakan
Tujuan
kajian kami lebih kepada kemahiran sebutan secara lisan dalam pertuturan dan
perbendaharaan kata agar pelajar dapat bertutur dengan betul, menulis teks
dalam bentuk ayat dan menigkatkan penguasaan Bahasa Melayu. Ini kerana
kebanyakan pelajar tidak dapat bertutur dengan betul, menulis ayat penyataan
dalam pelbagai situasi yang sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk
mempelajari Bahasa Melayu. Secara langsung akan memberi kesan pada pencapaian
dalam peperiksaan Bahasa Melayu
3.1
Objektif Am
3.1.1 Meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan Bahasa Melayu.
3.1.2 Meningkatkan
penguasaan pertuturan dalam Bahasa Melayu dengan berkesan.
3.1.3 Meningkatkan
penguasaan penulisan dalam Bahasa Melayu dalam bentuk ayat.
3.2
Objektif Khas
3.2.1 Menarik
minat pelajar mempelajari Bahasa Melayu.
3.2.2 Meningkatkan
penggunaan Bahasa Melayu secara lisan dengan berkesan.
3.2.3 Meningkatkan
penulisan teks Bahasa Melayu dengan betul.
3.2.4 Membantu
murid menguasai dan menambah pembendaharaan kata.
3.2.5 Membantu
guru mempelbagai teknik mengajar Bahasa Melayu.
4.0
Methodologi
4.1
Reka bentuk kajian
4.1.1 Mengenalpasti
isu dan masalah.
4.1.2 Perancangan
tindakan.
4.1.3 Perlaksanaan
tindakan.
4.1.4 Pemerhatian
dan menganalisis data.
4.1.5 Refleksi
dan penilaian.
4.2
Sasaran Kajian
4.2.1 Murid-murid
Tahun 4 seramai 9 orang.
4.2.2 Murid-murid
Tahun 5 seramai 11 orang.
4.3
Kaedah dicadangkan
4.3.1 Simulasi
Watak
Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru dengan cara murid disediakan sampul yang mempunyai
kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak
tersebut dilakonkan, murid akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak
tersebut. Sebagai contoh, murid mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu
menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti
pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam
sumbangsaran. Murid tersebut akan berkongsi dengan murid lain hasil dapatan
mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Murid tersebut
akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih
penggunaan bahasa.
4.3.2 Kaedah
simulasi
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah
simulasi membolehkan guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi
kandungan, konsep, kemahiran dan sikap.
Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan
kreativiti.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah
simulasi digunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti
lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana
masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah
disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di
kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
4.3.3 Sosiodrama
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya
adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu
berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama
adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada
kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di
fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh murid-murid yang dipilih untuk
melakonkan suatu watak yang di berikan oleh guru.
4.3.4 Main
Peranan
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan
sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan
lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu.
Biasanya, di dalam aktiviti main peranan murid membayangkan situasi yang timbul
dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di bayangkan tadi dengan secara
sepontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka
dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada
kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak
yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan
secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk
melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan
satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah
pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian
hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.
4.4
Perlaksanaan
4.4.1 Simulasi
a.
Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan
arahan dengan jelas.
b.
Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
c.
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.
d.
Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada
mereka.
e.
Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
f.
Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan
aktiviti simulasi yang diadakan.
g.
Diakhir simulasi penilaian dijalankan.
4.4.2 Main
Peranan
a.
Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum
diperkenalkan kepada murid-murid.
b.
Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.
c.
Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.
d.
Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.
e.
Berikan masa untuk mereka membincangkan tentang masalah
yang ada.
f.
Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag
watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu
disampaikan.
g.
Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah
dibuat.
h.
Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta
dibaiki sekiranya ada kekurangan dan
jika perlu.
i.
Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah
tukar peranan pelakon.
j.
Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.
4.5
Instrumen Kajian
4.5.1 Tinjauan
masalah
Tinjauan masalah dengan mengutip
data pencapaian ujian, soal selidik, pemerhatian dan mendapatkan maklumat
melalui soalan lisan secara temubual dari kelas yang terbabit.
4.5.2 Soalan
ujian Pra dan Pos.
a.
Ujian Pra
Ujian pra telah dijalankan sebelum kajian
dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan
juga di luar kelas selama tiga hari berturut-turut dengan dibantu oleh guru
Bahasa Melayu. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
awal tentang tahap dan kadar kekerapan murid
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Ujian pra ini dilaksanakan dalam
bentuk pemerhatian tentang penglibatan murid. Pemerhatian penglibatan murid
terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan murid berbahasa dengan betul,
iaitu apabila murid berkomunikasi dengan betul satu kali maka akan ditandakan 1
dalam borang pemerhatian.
b.
Ujian Pos
Ujian Pos dijalankan pada akhir tempoh kajian dijalankan. Ujian Pos pula
akan mengambil kira kadar kekerapan murid untuk berkominikasi dengan betul
dalam Bahasa Melayu dan bentuk ujian kajian. Skala pemarkahan diberikan
berdasarkan kedua-duanya melalui markah terkumpul.
4.5.3 Pemerhatian
guru mata pelajaran.
Pemerhatian guru mata pelajaran akan dilakukan ke atas tingkah laku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas
kajian. Penyelidik menggunakan borang senarai semak yang menyenaraikan tingkah
laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan
secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung.
4.5.4 Latihan
bertulis murid.
Latihan bertulis murid akan dilakukan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran. Latihan ini berbentuk membuat ayat dan menjawab soalan pemahaman.
4.6
Metod Analisis Data
4.6.1 Markah
ujian Pra dan Pos.
4.6.2 Markah
pencapaian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS).
4.6.3 Markah
pencapaian Ujian Bulanan.
4.6.4 Peratus
pencapaian Latihan Bertulis.
5.0
Signifikasi
Kajian Tindakan
5.1
Menjadikan drama sebagai pembentuk pertuturan yang
berkesan.
5.2
Menggunakan teknik drama untuk membentuk penulisan teks
sama ada dalam bentuk kata bual atau ayat mudah.
5.3
Melatih murid untuk menutur secara Bahasa Melayu bukan
bahasa ibunda kaumnya.
5.4
Menggalakan murid menggunakan Bahasa Melayu yang betul.
5.5
Membiasakan murid menutur dalam Bahasa Melayu yang betul
dan bukan berasaskan terjemahan dari bahasa ibunda kaumnya.
6.0
Anggaran
Perbelanjaan
Bil
|
Jenis
Bahan
|
Kuantiti
x harga seunit
|
Jumlah
kos
|
1.
|
Kertas
A4
|
1 x
RM14.00
|
RM14.00
|
2.
|
Cetakan
|
25 Set
x RM0.20
|
RM 5.00
|
3.
|
Fofostat
bahan
|
|
RM40.00
|
|
|
JUMLAH
|
RM
59.00
|
7.0
Penutup
Kajian tindakan ini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran murid-murid
dalam menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan penulisan
terutama di sekolah luar bandar. Di samping itu, hasil kajian juga diharap
dapat meningkatkan kemahiran guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu secara berkesan.
Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur :
Keturunan Atau Persekitaran.
Isu Pendidikan
di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.
Adnan Kamis (1985) Pertalian
Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal
Pendidikan :UKM, 17-36.
Alis
Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah,
Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala
Lumpur : Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin
Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1994). Psikologi
Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.