KPF3012
BAHAGIAN B
Berdasarkan pemerhatian dan
interaksi anda dengan komuniti setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di
tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan
kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam
menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.0
Pengenalan
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
tersendiri hasil daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen
mereka (Rozumah & Salma. 1985). Kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 – 6
tahun hendaklah didedahkan kepada persekitaran yang kaya dengan unsur
pembelajaran. Perkembangan kanak-kanak terdiri daripada lima peringkat iaitu
perkembangan fizikal, perkembangan bahasa, perkembangan emosi, perkembangan
sosial dan perkembangan intelektual (Jillian Rodd. 1996).
Komuniti setempat adalah satu kumpulan masyarakat yang
mempunyai budaya dan tradisinya yang tersendiri. Kumpulan ini membentuk satu
identiti tersendiri bagi menggambarkan masyarakatnya. Gambaran yang diberi ini
akan menunjukkan masyarakat tersebut dikenali. Contohnya, masyarakat Iban dan
Melanau di Sarawak berbeza budaya dan tradisinya. Begitu juga
masyarakat-masyarakat lain di Malaysia. Komuniti setempat selalunya akan cuba
mengekalkan pengaruhnya budaya dan tradisi dalam diri kanak-kanak sebagai
kesinambungan masyarakat. Pengekalan ciri-ciri budaya ini mendedahkan
kanak-kanak dalam masyarakat setempat kepada pembelajaran cara budaya sendiri.
Selalunya berkenaan adat istiadat, tradisi dan tingkah laku.
Komuniti setempat merupakan pengaruh penting dalam diri
kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang pertama dalam diri
kanak-kanak. Sebagai pengaruh terbesar di dalam zaman awal kanak-kanak, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri kanak-kanak dengan
mendidiknya secara holistik dalam pada peringkat zaman kanak-kanak.
Kepelbagaian cara didikan ibu bapa dan komuniti setempat memberi kesan
kepada perkembangan moral kanak-kanak (Jillian Rodd. 1996).
Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak
hanya tertumpu kepada sesuatu pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia
merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat
asuhan, di rumah atau di luar rumah seperti komuniti yang juga memainkan
peranan yang penting membentuk satu budaya tersendiri. Komuniti atau masyarakat
boleh mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan
hubungan. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai
jenis pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka
berkembang dengan sempurna (Rozumah & Salma. 1985).
Pendidikan di sekolah adalah pendidikan yang penting. Ia
merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemarakkan individu berilmu
pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu, guru mesti sedar bahawa
perlunya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan di sekolah yang
merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran sekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan.
Pendidikan peringkat awal sangat dititik
beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan
kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai
waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu
ini disebut sebagai waktu kritikal.
Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak
bergantung kepada sempurna atau tidaknya pendidikan yang diperolehi terutama
sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa dan komuniti
setempat, sekolah perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk
insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula menitikberatkan
penyepaduan semua elemen intelek dan sahsiah diri untuk kemajuan masyarakat dan
negara. Jelas sekali dalam membentuk anak-anak insaniah memerlukan penglibatan
komuniti setempat bagi mendapat impak maksima. Matlamat besar Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menyeluruh menjadikan komuniti setempat memegang
tanggungjawab besar seiring institusi sekolah untuk membangunkan murid-murid
dari segi JERI.
2.0
Penglibatan
Ibu Bapa
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam
pendidikan kanak-kanak. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak
sebelum masuk ke sekolah. Oleh itu adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk
meneruskan penglibatan mereka dalam sama-sama mendidik anak-anak di sekolah. Ibu bapa merupakan insan yang lebih mengenali anak-anak
mereka, dan ibu bapa mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif di dalam memberi
pengalaman dan pengetahuan. Kanak-kanak
juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam
sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma. 1985).
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan
mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Murid akan
merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi
boleh diteruskan di rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan
profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan
komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan
keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian
ilmu daripada guru.
Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian
membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu
anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung
dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak
secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan
anak-anak contohnya sikap bersugguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping
menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.
Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari
pihak kerajaan bagi melahirkan anak-anak yang intelek dan berdaya maju seiring
dengan perkembangan negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat
kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak-anak
mereka. Melalui iklan di televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar
memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam
sehari dengan bimbingan ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung
akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana
mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Antara peranan yang dimainkan
adalah seperti berikut:
2.1
Mengukuhkan pembelajaran
Eugenia Hepworth Berger
(1991) menyatakan ibu bapa
boleh melakukan apa sahaja seperti
membantu dan menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka berjaya di
sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana anak-anak belajar untuk
memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta
mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang
telah dipelajari oleh anak mereka di sekolah seperti:
2.1.1
Amalan
memberi salam, ucap selamat dan terima kasih.
2.1.2
Amalan
kemahiran seperti menyiram pokok, menghidang makanan dan mengemas.
2.1.3
Amalan
membaca doa-doa yang dipelajari.
2.1.4
Membaca,
menulis, mengira, melukis, menyanyi dan lain-lain.
2.2
Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan
Kanak-kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity ) yang tinggi, suka menyiasat dan meneroka,
mengeskperimen dan menyelesaikan masalah serta berkemampuan menumpu perhatian
dalam meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran (Aminah
Ayob et al. 2008).
Situasi ini memerlukan penglibatan ibu
bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh anak
mereka. Ibu bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991). Contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh
ibu bapa membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita, menyanyi serta
menggunakan komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus
dari objek seperti komputer ( Douglas P. Newton 2002 ). Di samping itu, ibu
bapa juga boleh;
2.2.1
Memberi
penerangan tentang pekerjaan.
2.2.2
Membuat
demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.
2.2.3
Memberi
khidmat nasihat dan runding cara.
2.3
Memberi sumbangan tenaga dan bahan
Penglibatan ibu bapa di peringkat awal
kanak - kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran
seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada
ibu bapa perlu menyumbangkan tenaga dengan mengajar mereka dengan cara yang
berbeza dari guru di sekolah. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar
anak mereka mengikut pendekatan yang selesa dengan anak-anak (Douglas P.Newton. 2002 ).
Fungsi pendidikan di sekolah dari
perkembangan estetika dan daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media
seperti tanah liat, blok atau plastisin (Rosmah & Salma. 1985). Dengan
peralatan yang ada, ibu bapa boleh membina taman sains untuk memberikan
gambaran yang lebih dekat kepada kanak-kanak. Kanak -kanak lebih mudah memahami
jika melihat apa yang dinyatakan berbanding perkara yang abstrak (Douglas P.Newton. 2002 ).
Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka
untuk berkelah atau melawat supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih banyak
perkara selain pembelajaran di tadika. Lawatan juga boleh dilakukan bersama
tadika anak mereka bersama guru tadika. Pada masa yang sama lawatan ini dapat
menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik
secara tidak langsung membolehkan pendidik memahami anak – anak dengan lebih
mendalam. (Elizebeth & Jacqueline. 2004).
Selain itu, ibu bapa juga boleh menderma
atau membaiki alat permainan terpakai
dan menyediakan props di sekolah.
3.0
Penglibatan
Komuniti Setempat
Selain ibu bapa , pihak komuniti setempat tidak kurang
pentingnya dalam penglibatan di peringkat awal kanak – kanak. Masyarakat
terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu
simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana (Aminah Ayob et al. 2008).
Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh
mempengaruhi kanak-kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh
menpengaruhi pembelajaran kanak -kanak (Jeffrey Glanz. 2006 ).
Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan,
tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta
hormat (Thompson.
2005).
3.1
Masyarakat setempat
Masyarakat
luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya
gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh sekolah kerana anak
mereka sendiri merupakan murid sekolah tersebut. Dengan penglibatan mereka,
secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan
meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak- kanak dengan
kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka (Eugenia Hepworth Berger.
1991).
Apabila aktiviti sekolah dianjurkan, kanak-kanak mula untuk
belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti setempat
seperti yang ditekankan dalam kurikulum. Lebih banyak hubungan berlaku dalam
minda kanak-kanak lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak-kanak terus
diransang dan didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang banyak (Aminah
Ayob et al. 2008). Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka
mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan
kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama ( Thompson. 2005 ).
Semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi
dan komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekankan dalam kurikulum.
Pergaulan kanak- kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan
berkomunikasi lebih awal kerana terdapat ransangan luar yang positif. Lebih
banyak dan kerap kanak- kanak dirangsang, maka akan bertambah jaringan neuron
dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan
dengan kerap, akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak-kanak
diberikan ransangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk
menjadi kekal (Aminah Ayob et.al. 2008). Malah kanak-kanak yang mahir
berkomunikasi, mudah berinteraksi.
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum, komuniti juga
secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru. Misalnya, Hari Sukan
Sekolah, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing-masing.
Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak-kanak untuk memberi
sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru,
pensyarah dan tutor (Marzano. 2003).
4.0
Badan
Kerajaan dan Bukan Kerajaan
4.1
Badan
Kerajaan
Badan Kerajaan juga dikira sebagai komuniti setempat
kerana pihak ini memberi impak ke atas perkembangan kanak-kanak. Badan Kerajaan
yang terlibat secara tidak langsung memberi pendidikan dan pengalaman kepada
kanak-kanak. Contohnya dua Badan Kerajaan yang ketara sekali terlibat ialah
Polis dan Bomba. Kedua-duanya memberi pendidikan dan pengalaman seperti menjaga
keselamatan, mencegah kebakaran, penggunaan alatan, undang-undang dan pelbagai
lagi.
Badan Kerajaan memberi peluang kepada murid-murid
untuk merasa dan mengalaminya sendiri seperti menggunakan Alat Pemadam Api,
cara-cara selamat ketika melintas jalan raya atau cara membuat bantu mula.
Sememangnya guru ada mendedahkan pengetahuan tersebut kepada murid-murid.
Tetapi apabila pihak berwajib yang sebenarnya memberi pendedahan tersebut, maka
impaknya lebih besar dan lebih berkesan.
Sumbangan dalam bentuk pengetahuan seperti ceramah
yang selalu dilakukan oleh pihak Kesihatan, boleh membuka minda kanak-kanak
tentang sesuatu penyakit berjangkit dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi
pendedahan ini akan menjadi agen di rumahnya atau komuniti. Perkara sebegini
bukan sahaja mendedahkan murid-murid kepada perkara yang dipelajarinya, malah
membantu dalam pendidikan formal di sekolah.
4.2
Badan
Bukan Kerajaan
Badan
amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud di
Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa,
Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief World Wide, Yayasan Sarawak dan Yayasan
Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak
yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan adalah Malam Amal
untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat
dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu
bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat
kanak-kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak ( Reni
Akbar Hawadi. 2001).
5.0
Kesimpulan
Kejayaan awal kanak-kanak
adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki
oleh mereka dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak
ini. Kanak-kanak memerlukan ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta
komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. Perkembangan yang meliputi
pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti. Oleh itu,
ransangan yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya
kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, meningkatkan
kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan
penorakaan terhadap alam sekeliling.
Penglibatan ibu bapa dan
komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana akan
memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan
mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan komuniti perlu
sedar akan peranan masing-masing dalam
membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara
pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka.
Bibiografi
Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery
Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes
Publisher Ltd
Jillian Rodd. 1996. Leadership
in early childhood : the pathway
to
profesionalisme. Singapore : South Wind Production.
Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Ramlah Jantan dan
Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan
– Pendekatan
Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Binti Bdul Rahman
(2006,November 10). Penglibatan ibu bapa
jamin
kejayaan anak-anak.
Utusan Malaysia.
Universiti
Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum
Permata. Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara.
Peranan Ibu bapa. myMetro (2009.Ogos 14)