TRM 3013
TUGASAN 3
1.1 Pengenalan
Penyebaran Ilmu pengetahuan menerusi teknologi maklumat dan
komunikasi sebagi penggerak utama kemajuan dan pembaharuan. Oleh kerana kuatnya
pergantungan kepadateknologi maklumat itu, maka abad ke-21 telah dicirikan
sebagai abad teknologi maklumatdan komunikasi.
Selain itu teknologi terkini
adalah sumber utama dalam memajukan lagi tahap pembelajaran di sekolah atau di
institusi. Kerajaan telah berusaha untuk memajukan teknologi sedia ada atau
teknologi maklumat atau teknologi terkini di Malaysia. Dengan penggunaan
teknologi adalah diharap akan meningkatkan tahap pendidikan seterusnya mencapai matlamat pembelajaran
yang telah ditetapkan.
Namun usaha kerajaan ini tidak
akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan teknologi. Pengalaman di negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah,prasarana mestilah lengkapdan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan teknologi. Pengalaman di negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah,prasarana mestilah lengkapdan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.
1.2 TMK Meningkatkan Pembelajaran
Impak globalisasi dan
perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika TMK digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global.
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika TMK digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global.
Di samping itu, sekolah
bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan
produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja
yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif.Selain itu, ia juga
bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sementara itu, dari sudut
pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk berinteraksi sendiri
dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa. Perbezaan
tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu
yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Powerpoint’.
Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta
projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di sekolah tersebut.
Keberkesanan penggunaan
teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima
teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan
oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang
belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita
dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika beberapa
tahun lalu, tidak semua guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi
menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah
semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan
sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka.
Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan
merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan
lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara
ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan
lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui
penggunaan alat TMK sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya menggunakan perisian
seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan
alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk difahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa
jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui TMK.
1.3 Peralatan Teknologi dalam
Pendidikan
Teknologi “hardware” iaitu peralatan seperti projektor, komputer, televisyen
LED, video atau video kamera malah telefon pintar telah digunakan untuk menjana
pembelajaran lebih baik dan lebih berkesan. Penggunaan teknologi canggih begini
menjadikan pembelajaran lebih efektif dan efisien.
1.3.1
Interaktif Whiteboard (New
Improvement)
Penggunaan papan interaktif
yang digunakan bersama perisian mudah powerpoint.
Papan ini memudahkan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran matematik. Guru
yang berkemahiran dalam menggunakan perisian flash whitepaper mempunyai kelebihan kerana papan ini berasasakan
skrin sentuh. Untuk pelajaran matematik adalah paling mudah digunakan untuk
pengiraan.
1.3.2
Projektor LCD
Penggunaan projektor LCD
sangat biasa sekarang ini. Guru-guru cuma perlu memasang dan memancarkan ke
skrin putih. Pengoperasian mudah yang tidak mengambil masa yang lama ini bukan
sahaja menarik malah membantu dalam pembelajaran berkesan dan Menangani Masa
Instruktional.
1.3.3
Rakaman video
Rakaman video adalah paling
mudah masa kini. Penggunaan telefon pintar boleh digunakan dengan mudah dan
disiarkan secara terus ke projektor. Murid-murid boleh menggunakannya sendiri
dan belajar mengesan mengikut isi mata pelajaran yang dipelajari.
1.3.4
Televisyen LED
Kalau projektor mengambil masa
yang lama untuk mengesan siaran dari komputer atau peralatan lain, maka
sekarang ini televisyen LED adalah jawapan yang terbaik untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Televisyen LED setara dengan skrin komputer
peribadi atau komputer riba dan ini pastinya memudahkan guru menggunakannya.
Malahan kini harga televisyen LED lebih murah dari projektor LCD dan lebih
tahan lama. Apa yang lebih penting adalah paparannya lebih terang dan tidak
dipengaruhi sangat oleh cahaya. Boleh dikatakan bahawa kebolehannya akan
meningkatkan pembelajaran murid.
1.4 Perisian Teknologi dalam
Pendidikan
Perisian komputer atau “software” yang digunakan dalam
pembelajaran juga telah dimajukan. Perisian yang direka ini mempunyai impak
yang tersendiri dalam mencapai matlamat pembelajaran. Perisian pencegahan
direka supaya murid tidak terlepas ke laman sesawang yang tidak beretika.
Perisian ini membantu membentuk moral pelajar memahami bahawa laman-laman
sesawang yang tidak beretika ini salah satu yang menyalahi nilai moral
masyarakat kita.
Perisian mudah guna dibeli
khas oleh kementerian untuk memudahkan pelajar menggunakannya tanpa kena caj
lebih oleh pereka perisian. Perisian ini memenuhi keperluan pelajar dan
membantu pelajar melangsaikan tugasan lebih mudah. Kemudahan begini akan
meningkatkan pembelajaran pelajar dan sudah pastinya akan meningkatkan
penguasaan ilmu.
Perisian pereka seperti
autorware, flash dan sebagainya juga salah satu cara untuk meningkatkan
pembelajaran. Pelajar mereka persembahan mereka sendiri tanpa bantuan dan
amalan ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk berkreatif.
1.5 Makmal
Kalau sebelum ini boleh kita
katakan makmal yang terdapat di sekolah adalah makmal sains. Malah lama dahulu,
makmal hanya terdapat di sekolah menengah. Tetapi sekarang ini untuk mencapai
dan mengapai pendidikan global, maka di sekolah rendah pun terdapat makmal. Ada
di antara sekolah sekarang ini mempunyai bilik makmal khas tersendiri seperti
makmal sains, makmal komputer, makmal audio video, makmal fotografi adn
berbagai lagi. Bagi mengarap pencapaian optimum dengan memiliki makmal, setiap
makmal dilengkapi dengan teknologi canggih tersendiri.
1.6 Pusat Sumber
Pusat Sumber juga antara bilik
canggih sekarang ini. Boleh dikatakan Pusat Sumber di sekolah sekarang ini
setanding dengan nama dan fungsinya. Pusat Sumber juga sekarang ini dilengkapi
dengan peralatan canggih. Pusat sumber menjadi pusat penyimpanan ilmu utama dan
penggunaannya melebih batasan sebelum ini.
2.
Kesimpulan
Teknologi dalam pendidikan mencakup setiap kemungkinan sarana (alat) yang dapat
digunakan untuk menyajikan informasi dalam pendidikan dan latihan. Ellington
(1989) menyatakan bahawa teknologi dalam pendidikan pada dasarnya adalah apa
yang boleh teknologi pendidikan perkenalkan dengan nama alat bantu pandang
dengar (audiovisual aid). Selanjutnya dikembangkan dalam pembelajaran untuk
pencapaian tujuan pembelajaran tertentu. Teknologi dalam pendidikan merupakan
perpaduan Aspek Teoritis Dalam Pendidikan, Aspek Perangkat
Keras(komponen yang saling bergantung tetapi tidak berbeda satu sama
lainnya) danAspek Perangakat Lunak (berkenaan dengan benda yang
dipakai pada perangkat keras). Maka dengan itu tidak dapat disangkal lagi
bahawa teknologi adalah satu perangka pencapaian malamat pembelajaran.
RUJUKAN
Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam:
Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Rozinah Jamaluddin . (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran.
Puchong,
Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum
danNoriati Abdul Rashid dan Boon Pong
Ying. (2009). Teknologi dalam pengjarandan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.
Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengajarandan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.